Tuesday, June 15, 2010

Maha Pengasih & Maha Penyayang

Cerita yang bakal su kongsikan bukan bertujuan meriak, tetapi hanya nak mengingatkan pada diri bahawa besarnya kuasa Allah subahanawataala.

1 Jun 2010, tiba-tiba sakit di belakang menyerang entah dari mana rasa sakit itu datang. Berbisa, lenguh dan tidak menyelesakan. Duduk dan bangun terasa keperitannya. Maka baring sahaja adalah ubatnya. Berkerja juga jadi tidak selesa. 2 Jun ke Klinik mendapatkan ubat doktor kata ianya disebabkan sendi. Sakitnya sampai tak lalu makan. Pada pagi 4 Jun ke Klinik lagi kali ini Doktor beri suntikan dan ubat tambahan. Masalahnya, sakitnya tidak berkurangan juga. 6 Jun ke kenduri Pertunangan Kak Aida pun dalam keadaan sakit yang amat sampai tak dapat membantu Kak Aida. (I'm Sorry). 7 Jun kembali ke pejabat bertambah bisa sampai menangis sambil bekerja tambah pula dengan gastrik sebab tak lalu makan. Pagi tu mulalah bercakap dengan Ida.

Su : Dada, sakit susu ni tak tau nak cakap. Sakit sangat.
Ida : Susu pergi la HUKM kan diaorang ade rekod susu.
Su : Susu tak boleh pergi harini su bole pergi hari selasa atau khamis saje
Ida : Ala susu pergi je..Janji tau susu pergi tau
Su : Dada, susu nak bernazar kalau bisa dan sakit-sakit ni hilang susu akan berpuasa sehari.
Ida : Ya, Allah! susu sakit sangat ke? pergila HUKM. Dada sayang susu tau (this part is really touching)
Su : InsyaAllah, kita tengok nanti petang-petang sikit.

Sebelum tengahari su hantar satu message gtalk ringkas pada dia

Su : Z doakan su ye :'(

dia tak membalas tapi terus call. Terus su menangis katakan yang su sangat dalam kesakitan.

Berbual dengan sahabat di Cambodia juga menerusi gtalk dan mengadu pada dia yang su dalam kesakitan, terus status Gtalk dia bertukar 'Semoga BFF Saya Cepat Sembuh'. Sangat terharu.

Lepas balik dari makan tengahari terus bekerja seperti biasa tapi dengan tiba-tiba rasa bisa dan sakit hilang. Malah kalau sebelum ini su tak bole bongkok atau tegak, terus boleh. Terus sampaikan berita gembira pada ida. Ida tak percaya. Ida menyuruh membongkok dan su buat dan kami mengucapkan Alhamdulillah.

Ke-esokannya su terus puasa bayar nazar. Alhamdulillah, semoga Allah berkati puasa su walaupun masa tu rasa sakit masih bersisa. Allah masih sayangkan su dan doa kawan-kawan juga dimakbulkan Allah. Terima Kasih.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Ya Allah Sesungguhnya Aku Tak Layak Ke Syurga Mu
Namun Aku Takut Akan Neraka Mu.

4 comments: