Thursday, July 22, 2010

Apa Dah Jadi???!

Mayat bogel ditemui terikat


ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang remaja perempuan yang ditemui tanpa pakaian di Machang semalam.


MACHANG - Misteri menyelubungi mayat seorang remaja perempuan apabila dia ditemui tanpa identiti dan dalam keadaan berbogel dengan kesan tikaman di dada kiri di Sungai Bagan, Pulai Chondong dekat sini petang semalam.

Ketika ditemui mangsa yang dipercayai berusia sekitar 20-an berada dalam keadaan tertiarap dan terapung di permukaan sungai berkenaan dengan kaki kanannya diikat pada sebatang pokok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, mayat itu ditemui oleh seorang penduduk yang ingin memikat burung pukul 1.15 petang.

Bagaimanapun menurutnya, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat mangsa walaupun pakaiannya ditemui kira-kira 250 meter dari tempat kejadian.

___________________________

Bila baca berita diatas (Kosmo), su tertanya-tanya macamana boleh jadi begini?
Salah siapa? atau siapa yang patut disalahkan? mana perginya rasa kemanusiaan?
Binatangkah yang lakukan semua ini?

Hari ini su dapat tahu rupanya mangsa kejadian adalah sepupu kepada rakan sepejabat su. Mangsa dirogol, ditikam dan diikat dalam keadaan berbogel. Diberitahu juga bahawa mangsa yang baru berusia 19 tahun telah hilang dari rumah sejak seminggu yang lalu.

Bolehkah kita mengatakan 'inilah takdir berakhirnya kehidupan mangsa'?

Ramai rakan sepejabat menyalahkan internet dan pornografi yang menyumbangkan seringkalinya perkara seperti ini berlaku. Ya, memang ada betulnya dan ada juga perkara lain yang turut menyumbangkan jenayah ini. Fikirkanlah.

Masih terngiang-ngiang bila nenek menasihatkan su dan sepupu-sepupu yang lain bila hendak ke K.L bunyinya begini, 'Jalan pimpim-pimpim. Masuk tandas beramai-ramai.' Dulu kami hanya ketawakan nenek, sebab pada kami nenek 'tak moden'. Tapi bila difikirkan sekarang semua nasihat nenek sangat berguna, bukan setakat bebelan kosong. Nasihat nenek supaya kami lebih berhati-hati. Terima kasih nenek.


Wednesday, July 14, 2010

Cameron Highland

masih dalam cuti-cuti mood!

malas nak letak gambar. maybe later!

feel free to click Kak Jana blog or Ida blog

Overall, this trip sederhana tapi meriah dan hapPENING!

looking forward for next vacations/trip!

hehehehehehehehehehe!

Tuesday, July 13, 2010

B.U.K.T.I

Gambar diatas ialah hiasan semata-mata
(hehehe sebenarnya gambar diatas menunjukkan walaupun kenyang gila b@b! tapi still cannot say no to it!)
Masih terngiang-ngiang kesedapan makanan yang disediakan daripada Puan Nani Rostam
Gambar-gambar dibawah adalah buktinya, so silakanlah cemburu!

Now you see!

Now you don't! yeay!!!
(thumb up! hokeh!)still bole makan kerak2 coklat tu :)

-susu nestle-

Monday, July 5, 2010

Thank You Mrs. Nani Rostam

Special dedicate this entry to Mrs. Nani Rostam
It's all because of Office Party and too much viewing Mrs. Nani blog.
I can't stop my hand to call Mrs. Nani.
But I couldn't reach her.
So I email her.
'Sesedap' I to order all of these:


Rendang Ayam


Pulut Kuning

Fried Macaroni

Chocolate Cake with strawberry on top


Triffle

Then I asked her, 'Memang selalu ambil tempah'
Then she replied, 'Tak pernah, sebab su cakap su teringin sangat tu yang buat tu'
I felt guilty, OK!
But thank you so much Mrs Nani, my officemates and me really appreciate it.

XOXO
Su Hashim
'Terima Kasih Daun Keladi, Boleke Order Lagi?'