maksudnya: berdiri atas kaki sendiri, berusaha atas keringat sendiri.
sejak bekerja saya cube sedaya upaya supaya buat apa sahaja tanpa bantuan orang lain terutama keluarga. kalau dulu bil telefon, hutang kereta saya akan bagi mak duit dan mak dgn abah kena pi bayarkan. tapi sekarang segala2 bil-bil utiliti ataupun hutang saya bayar sendiri melalui online supaya tak menyusahkan mak abah lagi. kalau dulu duduk dirumah family atau tumpang dirumah kak jana saya tak perlu masak, mengemas dan membasuh tapi sejak duduk sendiri saya tahu memasak, mengemas (walaupun sebulan sekali) dan membasuh (dah ade mesin basuh) sendiri. Bukan niat nak larikan diri dari family tapi mahu berdikari dan memang bole tinggal dirumah kak jana tapi saya kena faham kak jana ada 3 anak bujang yang membesar jadi segan jugak nak tinggal dengan kak jana. Tapi tetap berterima kasih dengan my family dan kak jana sebab 'jaga' saya sebelum saya berdikari.
Benda yang paling utama ialah ke hospital, biasanya saya akan ke HUKM dengan mak sejak masuk universiti saya cuba sekali sekala pergi tanpa mak temani saya itu pun abah akan hantar saya ke hospital sebelum die ke tempat kerja. Kadang-kadang ada juga abah mengeluh mungkin sebab ganggu masa dia nak ke tempat kerja (sesiapa yang kenal abah, abah memang very particular pasal time. kalau su atau kakak lambat bangun untuk breakfast abahla yang akan bebel sampai tengahari hehehe) so sekarang kalau pergi HUKM memang drive pergi balik sendiri. Kadang-kadang mak ingat su pergi berteman (a.k.a bf) , saya iyakan aje malas nak banyak cakap padahal memang pergi sendiri biar saya berdikari dah cukup dari kecil semua family tolong dah sampai masa berdikari..tapi mungkin ade masanya pertolongan family akan diperlukan juga.
apa-apa pun bilik dirumah kak jana tu walaupun cik chu tak duduk lagi,tapi still dipanggil bilik cik chu oleh anak-anak especially naufal:-)
ReplyDeletethank you thank you....
ReplyDeletegood! kene berdikari sampai bile2..
ReplyDeleteAlaa ida tu masih dudk bawah ketiak mak dia ha ha,hah cepat berdikari ida
ReplyDelete