Tuesday, December 28, 2010

BUBBA GUMP SHRIMP Co.

Hari ni nak review sket pasal Bubba Gump Shrimp Co.

Restaurant ini menjadi favourite saya sejak dua menjak tiga menjak ni...

Logo
mungkin sebab saya & dia suka seafood
(saya suka udang dan dia suka sotong)

Must have on each table

He had "I'm Stuffed!" Shrimp
Not his 1st time here

I had Bourbon Street Catch of the Day
This is my 1st time here

Mango Sparkler

Hot Chocolate


Mine Mama Gump's Grilled Lamb Rack
Teka habis ke tak?

Onion Ring is his favourite


and this time he ordered Bubba's Baked Seafood Rice
seriously, yang ni most recommeded for those
cheese+seafood fan :)

Click here for Menu
Bole fikir-fikir dari rumah nak order ape.

Tapi kalau nak tahu lebih lanjut pasal
Bubba Gump, just click here

Hope you all enjoy this post--

daaaaaaaaaaa-

Friday, December 24, 2010

The Stalker is Us!

Hahaha!
Wonder how ida and me become a stalker??

aksi penyamaran kami


ha! yang dicari ketemu jua akhirnya....

both of us idamkan untuk bekerja disini
tak dapat kerja tengok bumbung pun jadilahhh..

bersambung: aksi pergi makan kat canteen Kru Studio
p/s: dada ade berani???

XOXO: Agent 1419



Thursday, December 23, 2010

Jingle Jingle

Please Enjoy The Video.

Wish You All Merry Christmas and Happy New Year!




XOXO:SUSU
video courtesy from nickelodeon

Thursday, December 16, 2010

Summer

Su tahulah sekarang musim winter not summer, tapi as I promised to you all in previous post, today su akan ceritakan macamana su kenal jiran su yang bernama 'Summer' ni. Nama sebenar dia Fatimah 'something-something' panjang la jugak ade 3 patah perkataan belum termasuk 2 patah perkataan nama bapa die pulak tapi pet name die Summer or Pinky.

Bila tanye bab keturunan Summer ni ada quoter of Malay, quoter of Bruneian and quoter of Filipino.. Dia memang tak pandai berbahasa melayu tapi die faham sikit-sikit bahasa melayu.

Mulanya Su dan Summer kenal di hadapan rumah Summer iaitu sebelah sahaja rumah Su. Summer sedang menangis di muka pintu. Sekali lalu Su buat taktahu sebab nak kena tukar baju untuk keluar semula, so bila keluar semula tengok die still menangis. Su pun tegur 'awak, ok ke?'
Summer said, 'what did you said I dont understand'

Dalam hati Tuhan je tahu aku nyampah kalau muka melayu tapi cakap omputih nih. So takpelah bagi can sket 'Are you ok?', then die replied, 'I'm stuck between the door and the grill, my key is inside' -- waduhhh parah sekali, atas sifat keperihatinan dan dok ingat kalau aku kena cemana? kalau nak kencing camane? kalau nak solat?.

Then, Su pun promised die untuk panggil pak guard yang kekurangan kerje (kasi tambah sikit kerja) untuk tolong Summer dan Su minta no. hp die supaya senang nak contact die. Lepas tu, setiap setengah jam Su akan call/sms die. Yelah, takut tak settle sampai malam jugak die duduk depan tuh -- ish, ish, ish, kesiannnn.

Lebih sayu bila Summer said, 'Tomorrow is my birthday, this not suppose happen to me' -- tak ke korang kesian???


Inilah Summer!

Both of Us!

Sejak itu kami bertambah rapat, kadang-kadang kalau dah jemu dating berdua Su akan ajak Summer to join. Daripada berjiran kami berkawan dan daripada berkawan kami akan jadi business partner soon, InsyaAllah Taala. Hope this friendship will last forever. Amen!

Thursday, December 9, 2010

Ada Apa Dengan Maher Zain?


Mulenye memang tak tahu siapa mamat ni. Tapi su punye jiran Summer (su akan cerita pasal Summer - how do we know each other in next post) yang berikan CD Maher Zain lalu su jatuh bergolek-golek cinta pada die.. astaga--- wake up susu stop berangan!!

Suka tengok Maher Zain ni nampak so bercahaya :) keimanan ye kawan-kawan. Selepas Yusuf Islam yang bersuara merdu menyanyikan lagu-lagu keIslaman kotemporari, Maher Zain menjadi pilihan su pula... Majlis-majlis kahwin juga banyak memainkan lagu-lagu Maher Zain.

Dada juga ada cerita yang Maher Zain ni dulu pernah notty dan dia sudah insaf dengan segala perbuatannya..InsyaAllahTaala :)

Awaken adalah lagu pilihan su yang paling terkesan dihati --cewah, but seriously sila dengar dan hayati lirik lagunya then ask ourself --Is Allah Satisfied?? hanya Allah maha mengetahui!

Awaken
We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied

We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and Costa Del Sol
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power

We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

XOXO: SuSu

Wednesday, December 8, 2010

Rapunzel with Naufal & Friends


Sorry for the low quality picture
but you all still can see Naufal's anxiety face.

Ceritanye bermula bila Naufal ajak su tengok Rapunzel. Permintaan Naufal selalunya sukar ditolak sebab die terlalu 'cute' buat su. Kira sayang lebih la kat anak buah sorang ni. Tapi die memang pandai ambik hati. Jadi kesudahannye saya ikutkan saje kemahuan die tengok Rapunzel. 'Cikcu, bole bawak abang abil' - Abang abil sebagai peneman supaya tak terasa janggal.

4 Disember tarikh ticket yang dibeli sebelum menonton Harry Potter pada 2 Disember.
Dah diberitahu Naufal. Pejam celik, pejam celik 4 Disember pun muncul tepat pukul 12 tengahari su berada dipejabat dan Naufal telefon bertanya 'Pukul berapa cikcu nak amik?', 'Wayang start pukul berapa?', "Pukul berapa nak mandi?' dan yang paling penting 'Cepat sikitlaaaaa...'

Walaupun hari-hari sebelumnya su diberitahu kak jana bahawa Naufal demam, Kak jana cerita Naufal meminta die dibawa ke klinik segara supaya namanye untun menonton Rapunzel tidak dipotong su. Hailahhh kelakarnye die nih, macam-macam akal die.

Pukul 1 petang su bertolak dari office ke rumah kak jana, ambil Naufal dan Nabil kemudian ambil Summer (jiran su) di apartment su dan terus ke IOI MALL. Keadaan jalan yang sesak membuatkan Naufal tidak diam dan bila Summer mengusik Naufal, Naufal berkata 'Keep Quite' kepada Summer mungkin sebab dia sudah tahu yang Summer ni tidak pandai berbahasa melayu jadi die berbahasa inggeris dengan Summer dan Summer pun terkujat dibuatnye. Dalam perjalanan jugak Naufal bingit bertanya jauh lagike? kenapa cikcu cakap macam pergi Alamanda tapi jauh? pening su nak menjawabnya.

Sampai di IOI MALL, saya bawak mereka makan di Wendy's. Naufal bagitahu yang die taknak makan 'ahh sudah, die buat dah tak sabar die tuh' tapi saya pujuk juga dia untuk makan bersama. Akhirnya dia makan jugak. Berjaya!!

Sambil makan Su juga menunggu kawan Su, Hani die jugak excited untuk melihat Rapunzel. Hani sampai di Wendy's dan memesan makanan, Naufal dah gelisah mungkin die tahu kalau tunggu Hani lagilah lambat untuk ke panggung. Sampai Naufal 'sound' Hani, 'Bole tak tolong cepat sikit makan tu?', 'Tu la kenapa tak ikut kereta cikcu rapat-rapat' sampaikan Hani terkelu lidah nak berkata-kata.

Selesai makan kami menuju ke GSC dan bila dah dapat masuk saya minta semua bergambar didepan watak-watak didalam Rapunzel, mulanya Naufal enggan bergambar kerana tak sabar nak masuk ke panggung tapi saya pegang juga Naufal supaya masuk kedalam gambar (yang sebenarnye 'akak-akak' Naufal yang nak bergambar bukan Naufal pun.

Inilah gambarnya :)
sila bezakan muka kakak-kakak Naufal dan Naufal, ketaranya Kakak-Kakak Naufal yang suka nak bergambar (camwhorewomen)

Setelah cerita Rapunzel selesai, su sekali lagi memaksa Naufal memakai kaca mata 3D sebab mulanya die tak mahu lagi bergambar setelah su cakap 'Ambik gambar pakai spek ni nanti tunjuk mak jana' terus die pakai dan senyum. So MAKJANA, this is for you! anakmu berjaya menonton Rapunzel 3D :)


XOXO: CIKCU!

Monday, November 29, 2010

Terserempak dengan Marilyn Monroe


Depan USS, still early dan orang tak ramai.


Terserempak dengan Marilyn Monroe hehehe!
mestila gaya gedik erk!! harussss!!


Fullamak besar dari kaki size Gombak la!! fuhh, lega saya!!


Inilah pihak penaja :)

Serba sedikit info dan gambar ketika di Universal Studio, Singapore. Seronok walaupun tak sebanyak game di Universal Studio, Orlando tapi ni kira jadikla daripada takde...plan akan datang lagi ke USS, so anak2 sedara dan cousin2 sekalian sila kumpul duit!! XOXO: Susu!

Wednesday, November 24, 2010

Cambodia Trip Part 1

'Suhana, can you go to Cambodia campus?' soalan dari Boss(bekas) su pada satu petang.
Then I replied, 'Yess, why not?'. So I went to Cambodia on February/March 2009 for 2 weeks.

Banyak sangat pengalaman disana. 1st sekali bila landed je Cambodia tertanya-tanya, "hey, mana bangunan tinggi-tinggi?? takkan takde satu pun??" sigh! rupa bandar Phnom Penh tak ubah macam cerita P.Ramlee zaman 60-an. Ok terima jelah hakikat kat sana takde KLCC even ala-ala Carrefour pun takde even ala-ala Giant@Taman Pertama pun hhhhammpeh..


Picture above ialah gambar didepan banglo tempat semua staff Malaysia di Cambodia tinggal. Very near to Malaysia Embassy so I feel save here! (kononnyelah).

Ade cerita disebalik banglo ni. Sebenarnya dalam banglo 3 tingkat ni ada lebih kurang 8 bilik tidur, satu dijadikan bilik pembantu rumah, 6 lagi bilik staff dan bilik yang ke-8 ialah bilik sembahyang 'owner' rumah dan yang peliknya 'owner' memang tak bagi masuk bilik sembahyang tuh. bilik sembahyang ni terletak di tingkat 3 dan di atas bumbung banglo ni ade ruang untuk menyidai baju, tetapi setiap kali hendak sidai baju kena lalu bilik sembahyang jadi knowing me, myself yang penakut setiap kali nak sidai baju su akan suruh maid sidaikan serius seram bila tgk bilik tu sebab banyak sangat patung-patung! try to imagine that!!


Ini bilik saya disana.
Actually, bilik yang mereka bagi su tinggal ialah bersama-sama dengan 2 girls yang baik hati. Bilik tu bilik terbesar in that banglo dan dengan bilik air terbesar attached with the bedroom. Serius bilik air tu bole siap baring-baring dalam nye..mmmmmm... tapi also seram jugak. Lihat gambar diatas, die punye wardrobe pun mendebarkan hokeh! (sila lihat baju berlonggok di belah kiri gambar - itu semua nak bagi 'maid' cuci and gosok, yeay!!)

There is one night, kami bertiga dirumah didalam bilik sedang tidur nyenyak. Tiba-tiba su terdengar 'sesuatu' ketawa, menangis dan mengilai berulang kali. Tahukan yang saya ni penakut, so I pulled my blanket up to my head then start recite some surah sampai terlelap. Tapi pada waktu itu su tau kawan-kawan sebilik sedar dan dengar perkara yang sama.

Then bila bangun pagi dan sedang bersiap-siap, su start tanya pada 2 girls tu then mereka pun melompat-lompat ketakutan cerita perkara yang sama. DAMN! what we would do? Yess! kami susun katil kami serapat-rapat yang boleh supaya takde apa-apa even udara bole menembusi katil kami. Huarghhhh. If I can cried out loud at that time then bentak-bentakkan kaki and said 'I wanna go homeeeeee' I would it do beb!! Only if I'm 10 years old.

So, later that night again we hear the same 'noise' until 3rd night. We asked our maid and the local there. They said it is a 'their' (ghost) season to come back then will come back next year the same day..what the...Sumpah I will never return to that Haunted Banglo.


This is front door of the Bungalow.
Pernah 1 hari kawan2 sebilik ni taknak keluar but I need to buy something at grocery so dengan beraninye tahan 'tuk-tuk' then pergi market.. suddenly bila nak balik 'tul-tuk' tu hantar su ke Malaysia embassy..then su said 'No-No' then tried to give the right address and the right direction tiba-tiba jumpa rumah banglo tu balik...Alhamdulillah...serius lepas tu serik taknak naik 'tuk-tuk' sorang lagi (seriusly susu ni jenis berani tak bertempat) then luckily guy yang drive 'tuk-tuk' tu baik hati sanggup layan kesesatan susu, so susu pun give him extra dollars for his kindness...I'm so glad dude! (mak susu tahu cerita ni sangat marah hokeh!!)

Inilah roommates su disana.
Gambar diatas ialah kami yang sedang menikmati
'Dessert' Cambodian Style!
100% Halal dijamin tanpa was-was..

Jumpa Lagi Di Kiriman (Post) Akan Datang!
Peluk Cium (Hug and Kisses)
Susu was in Cambodia!





Tuesday, November 23, 2010

Friends & Food Part 2

Kalau bercerita bab makan memang tak berkesudahan... pantang sebut tempat makan yang best mesti nak cube kala gaji baru masuk...kalau dibelanja apetah lagi...bukan main ligat lagi.

dan kali ini bertempat di Padi House @ Jalan Teknokrat, Cyberjaya.
macam-macam makanan...tapi faveret kami sekawan seperti yang tergambar dibawah..
please enjoy the picture:


dengar-dengar-dengar para penggemar lamb
sila ambil hati! eh silap sila ambil perhatian!
most recommendation from my friends and me!
lamb yang lembut dan berjus (juicy)
terbaik dari ladang!

me with the lamb

him with the lamb
(mamat ni kalau makan tak habis
so guess who yang tukang perabess??
yeeeee betol ape yg anda pikirkan
-mana aku tak gemok!!-)

bagi sesiapa yang taknak makan lamb semata-mata
silalah cube spaghetti with lamb ni..
sangat delicious
lamb nye sure korang simpan last sekalilah!

lihat dia makan spaghetti dulu...

dia pun sama...

ni plak spaghetti baked cheese
(lebih kurang macamtulah namanye)
sedap jugak...

lihat - tertib betol jelmaan fasha sandha ni makan...
or angelina jolie????
hahahahahahahaha :D

sambil makan mereka ni ade tutorial 'nokia' class
tetap enjoy!
berjumpa di part 3!

XOXO: SuSu!

Friends & Food Part 1

Siapa yang tak suka makan sila ignore post ini... tapi kalau korang suka makan dan suka makan berjemaah atau beramai-ramai bak kata orang putih 'the more the merrier' sila baca sambil terliur...kali ni turn kedai 'Char Kuew Tiaw'

ini Char Kuew Tiaw, SK@ Sri Kembangan
mantap!! ko nak yg special yg bertelur..sila order!
makan sepinggan tak cukup beb!

ini geng makan dan sembang sambil gossip :)
a.k.a geng makan berkawan bukan
kawan makan kawan

the boys yang memeriahkan setiap acara makan!

tengok-tengok tuh! dah makan memang hyperla!
happy sangat!
gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut suke suki!

What Say You?

Apa pendapat you all about my new layout?
ok tak? saje tukar sebab tibe-tibe pagi ni rasa
nak muntah tgk blog sendiri. Sebelum tahun baru
ni bawak-bawakla bertaubat eh berubah sikit..
berubah kat blog pun jadi. Ok tak? Ok tak? Ok tak?
Ok saye dah takde modal nak cakap banyak-banyak
tapi....ok ke tidak????

Thursday, November 4, 2010

Kelmarin yang menyakitkan

Serius sakit
Lepas 3 bag darah
sakit sendi
sakit tulang
sakit kepala
memang paling tak tahan
sakit kepala
macam nak pecah
:(
sekian

Friday, October 15, 2010

Papparich, Pappapoor

Dear all,

Please enjoy these picture of Makan-Makan happen Yesterday (14 October 2010) at Papparich, Cyberjaya:-

Me :)
Thinking what to order *hmmm
3M: Mr. Master Mind!
Follower
Lady Dada: Telephone!
Curry Chicken and Toast
ABC with ice cream
Kaya Toast
Half Boiled Egg with Toast
Enjoys!


Did we enjoy our food? Yes! we ate lunch and dinner there yesterday! believe it? you better believe it! with total lunch and dinner is RM1++.++ :) for 5 pax, thus, average is RM2+ per pax.

so guys, after spending a lot to papparich, end of this month we go back to pappapoor (ikan bakar, nasi goreng etc.)

P/S: Mak jana, i know u dah lama teringin, it is time to bwk budak2 sekali for minum petang!

XOXO: Susu!

17 tahun kemudian....

Ape jadi 17 tahun dahulu??
Waktu tu masih di sekolah rendah. Dulu arwah abg susu suka pergi tgk bola dgn sepupu2 dan jiran tetangga yang sebujang dengannya. So, bila arwah abg dah takde, ade seorang abg sepupu yang offer susu pergi tengok bola di stadium merdeka,KL. Pasukan mana yang susu sokong??
Tentulah The Red Giant! Selangor! sebut je azman adnan, zainal abidin hassan, dollah salleh... tu lah hero-hero pasukan Selangor dulu.. sampai lagu tema pasukan selangor tu pun su tahu siapa penciptanya, menunjukkan betapa sokongnye su pada pasukan Selangor. Waktu kecik-kecik dulu banyak kali juga ke stadium bukan sahaja dengan sepupu, dengan abah dan arwah pak jang pun pernah. Setiap kali pasukan selangor jaringkan gol abg sepupu saya akan julang saya setinggi-tingginya (waktu tu susu pun kecil molek je sekarang ni kalau dijulang tak sampai ke langit kot)...hmmmm ini semua 17 tahun dulu.

Tapi selasa malam baru-baru ni officemate ajak tengok Selangor vs. Kelantan. Susu pun memang dah lama teringin so ape lagi lebih kurang dalam 10 orang kami pergi melepaskan tension dan tanda sokongan pada pasukan Selangor (bole jeritjerit!!). so enjoy these picture:

kami sampai 10 minit lambat (fashionably late)
kami duduk di tengah-tengah (parti berkecuali)
maklum saja penyokong2 yg agressif!fanatikboleh tahan penuh jugakla...dah mula mengganas?? fru bertindak!!kami pulang awal, elak kesesakan!!

The day after this game, I heard 1 Selangor fan injured (gaduh) and 1 Kelantan fan died (donno why), kesimpulannya Selangor 0 Kelantan 0 :) happy?