Sunday, May 12, 2013

Happy Mother's Day Emak!


To All Mothers in this world; I'm wishing you all Happy Mother's Day!
same goes to my lovely mom Hajah Azmah
Kak Aty & Me love you so much!
Below is our picture taken during Mother's day celebration at 
The Mills Restaurant; Grand Millennium Hotel & Resorts.


and yes to my MIL, thank you for being really sporting and very positive person; I love you too.
Love both of you till Jannah! InsyaAllahTaala.
Below is my poem dedicated especially to my MOM and MIL

Ratu Hati 
Indah Elok Pekerti
Tenang Lembut Sanubari

Ratu Hati
Molek Wajah Peribadi
Tinggi Semangat Jati Diri


Ratu Hati
Teguh Sokong Berdiri
Tabah Setia Dihati


Ratu Hati
Berkasih Sepenuh Hati 
Berkorban Sampai Mati

dan untuk semua Emak, Ibu, Mama, Ummi, Amma, Mother and etc. Happy Mother's Day
May Allah bless you always and forever! Amin!

10.05.2013
2.12pm
SUSU

Saturday, May 11, 2013

Tompi Live

Assalammualaikum!

Hye! Last Saturday sempat Susu, Pak Jenol & friends 
dah saksikan persembahan Tompi from Indonesian Live in Alexis, Great Eastern Mall.
RM35 per entry exclude drinks & food.
yang bestnya kita bole jumpa face to face with him
dan berbual bual serta bergambar-gambar.


Pak Jenol memang peminat ape saja penyanyi from Indonesia.
Susu yang minat satu lagu pun dah terjebak minat jugak.
Sebab Live show Tompi memang happening.
Sempena Jazz International Show in Malaysia ni
memang 2 bulan di Alexis ini ada persembahan penggiat Jazz seantero dunia
selain Tompi minggu lain ada Salamiah Hassan & Atillia, Melissa Indot, Steve Thortone dan ramai lagi.
Bak kata kawan su lebih berbaloi beli ticket anuar zain RM250 sebab duduk nun jauh,
ni bayar RM35 bole bergambar dan bual-bual lagi.
Memang berbaloi katanya.
Show start 10.30pm and finish around 1.30am 
siap 1/2 hour break lagi.

Anyway, Tompi, Drummer, Bass Guitar Player and the Pianist is great combination!
The Pianist is very funny, she makes joke all the time and she can sing too.

We had the best Jazzy night ever!

SUSU

Friday, May 10, 2013

Krabi: Belanjawan

Assalammualaikum,
So, today Susu nak cerita pasal belanjawan ke Krabi
Bukan la berlagak sangat macam orang kaya tapi hasil kumpulan duit-duit tepi ade la rezeki nak berjalan.
So, Belanjawan ni berperanan untuk guide orang-orang yang nak pi krabi tapi tak tahu nak bajet.
So this is it!

1. MyDeal.Com.My Limited time offer 4d3n at Krabi Tipa Resort for 2 pax (includes 4 Islands boat trip, airport transfer & city tour (includes Marine rehabilitation  small caves, morning market, shopping mall & local product market)) RM656
+ Banglow room + Breakfast +Islands boat trip includes lunch, fruits & mineral water + Hotel transfer (from hotel to beach to hotel)
2. Free & Easy Day; we bought another package from the same tour guide company in Krabi which is includes Hot Springs Waterfalls, Emerald Pool, Blue Pool, Tiger Caves & Elephant trekking RM120 per pax 
+ Lunch + Hotel transfer + Mineral water
3. Lunch (1st day we had to bought our on lunch) includes drinks RM50 (kami makan kat restaurant so mahal sikit la)
4. Hi Tea for 3 days RM8 per day (we had banana pancake, chocolate pancake & drinks)
5. Dinner for 3 nights RM15 per night (beli dinner kat makcik atas motor je dia goreng nasi & mee sila cari yang HALAL ye, tapi jangan bimbang majoriti memang HALAL pun)
6. Souvenir RM50 depend on your shopping habit level (LOL!) x ade apepun nak shopping kat sana
7. Ngonye-Ngonye; ape bende ngonye ye? ngonye2 tu macam snacks kalau nak makan dalam hotel; 7/11 banyak so we bought something incase lapar or dahaga RM15 *optional
8. Booking fees & Tipping from Vtravel : RM60
9. Urut & Potong Rambut: RM20-RM50 (kami 2 urut RM45 dan potong rambut RM20) *optional

Final calculation is:
RM 656 x 1 = RM656
RM 120 x 2 = RM240
RM     8 x 3 = RM  24
RM   15 x 3 = RM  45
RM   50 x 1 = RM  50
RM   15 x 1 = RM  15
RM   60 x 1 = RM  60
RM   65 x 1 = RM  65

Total damage incurred = RM1,155.00

*Damage doesn't include Flight tickets (Thanx God someone sponsor us)
*Pak Jenol & me satisfied with all the services and all prices very reasonable
*From our hotel to the beach is just 5 min walking, to 7/11 2 min walking,to  krabi night market in Ao nang 3 min walking
* If you want to rent the motorbike in Krabi is only RM15-20 per day
* If you leave your belonging along the beach; Don't worry sepanjang kami disana tiada kes kecurian semua buat hal masing-masing.
*Hotel provide beach sandal & beach towel
*NO AIRPORT TAX hiphiphooray!

Time spending with love one = priceless!

Susu

Thursday, May 9, 2013

Krabi Day 3: Island Hoping

Assalammualaikum!
Harini cerita pasal Island Hopping.
Sebenarnya krabi ni banyak pulau pulau kecik
Package yang kami beli thru mydeal memang termasuk Island Hopping
So haritu ade 5 tempat perlu kami singgah:
1. Tub Island
2.Chicken Island
3. Mo Island
4. Poda Island
5. Railey Beach

Semuanya best!


Ini gambar Long Tail Boat yang disediakan.
Boat ni bole muat 40 orang
tapi kami duduk hanya 20 orang sahaja.
So selesalah sikit.


Ini antara pulau-pulau kecil yang ada



Banyak juga pelancong yang bawa kapal kecil macam ni untuk belayar sendiri


Excited bila turun dari boat di pulau yang pertama dah nampak ikan ikan kecik berenang di tepian pantai sahaja, xperlu snorkelling tempat jauh jauh pun. Teruja sampai terjerit dan terasa macam kanak-kanak sekejap. 


Ada middle age Chinese couple from Malaysia jugak yang sudi ambil gambar kami berdua, takdela asyik aku amik gambar kau - kau amik gambar aku je kikikiki
So orang berbudi kita berbahasa la, kamipun amikkan la gambar mereka jugak. 


Di perhentian pertama jugaklah ada gua yang dijadikan tempat pemujaan, kata tourist guide kami for that day 'Billy' tempat ni bolela sesiapa nak membuat hajat seperti mendapatkan anak,bisnes yang baik dan sebagainya, dengan syarat bila hasrat dah kabul kenala datang dan puja lagi.


Kat tepian pulau juga banyak boat-boat yang buat jualan makanan untuk para pelancong.
Harga sama je macam di pantai utama.


Okay masa nak bergerak ke pulau kedua gambar ini disnap oleh pak jenol, kata nya bentuk muka orang tengah marah, ye ke? time ni susu dah tak daya, sebab mabuk laut terlampau, walhal dah siap ubat semua tapi still muntah dan pening toksah cakap la. Ini semua salah pak Jenol dia yang nak sangat ke pulau!!


Okay ini pulau kedua, actually pulau ni bersambung ke pulau lain yang dipisahkan air laut yang cetek.
Tetibe orang thailand ni tegur susu, mula-mula cakap thailand lepas dah explain yang kami bukan org tempatan baru dia speaking, baik orangnya bernama Zulaikha *tengah pregnant tu
Okay kat sini su & pak jenol sempat la snorkelling tepi pantai je sebab berdiri cecah peha je, tapi ikan banyak sangat yang cantik-cantik *nyesal tak beli camera bole celop dalam air


Ini gambar pulau ketiga, kat sini memang su tak turun boat langsung sebab mabuk sangat sampai terbaring,
bagitahu mak mesti dia kata 'sudah jangan pergi lagi' (meleset!!! mak kata 'apa suami suka kenala kita suke - tolongla mak kita pun ada kesukaan kita jugak kikiki -typical me yang degil!!)
Ni pak jenol bagi makan ikan sambil nyanyi lagu 'Bondaku si Ikan Kaloi'


Okay pulau ke empat chicken Island kan macam bentuk ayam tu!


Di Railey Beach kami diberi makan tengahari! Lapar ok lepas muntah bagai!
Sedap betol nasi goreng ni!


On the way balik kami dijamu pemanis mulut!
Jangan risau kulit tembikai dibenarkan buang dalam laut sebab ikan ramai yang lapar!
Nenas kat sana manis-manis!

Pendek kata Island Hopping ni seronok bila kita menikmati pemandangan dan kita appreciate ciptaan Allah! tapi tak larat nak layan seasickness nye sampai 3 hari kot!
P/S: Pak Jenol, Next trip let me choose pulak ye jangan nak gila kuasa kahkahkah!

Sekian




Wednesday, May 8, 2013

Wordless Wednesday: ALL ABOUT THE SKY







ALLAHUAKBAR!

SUSU

Krabi Day 2: Free & Easy

Assalammualaikum!
Okay Day 2 in Krabi sepatutnya buat Island Hopping tapi
Tour guide ubah ke Day 3; so Day 2 jadi Free & Easy;
However, kami memilih untuk buat tour bersama tourist guide kami iaitu beraktiviti ke:

1. Hot Spring Water Fall
2. Emerald & Blue Pool
3. Tiger Caves & Temple
4. Krabi Romantic Road
5. Elephant Trekking


Breakfast dulu, Vege Fried Rice, Fried Egg, Donuts, Bun, Banana Cake & Mango juice
Ade je fruits salad, sausage & mee
dan ade je local muslim yang makan segala sausage tu tapi tak berani la..


R&R Krabi style.
Sebelum bertolak dari hotel ke Hot Spring Waterfall, kami diambil tourist guide kami (same company with the one that fetch us in the Airport but different person) They fetch us in the hotel around 8.45am and fetch others tourist (most of them mat salleh couple and 1 mother-daughter from north Thailand)


Haaaaa this ular daun welcome us in Hot Spring Waterfall
perjalanan dari AoNang Krabi Beach ke sini memakan masa 45 minit
dan dari pintu gerbang kena berjalan kaki ke tempat mandi manda air panas ni memakan masa 5-8 minit
Air nya agak panas melegakan kaki yang kepenatan.


Gambar kolam air panasnya Susu tak masukkan sebab tak clear
Tapi kalau mat salleh banyak disini semuanya seksi seksa belaka.


Ok after 45 minit di kolam air panas kami ke Emerald pool pula.
Dari Hot spring waterfall ke sini memakan masa 15 minit dan dari pintu gerbang ke pool nye
memakan masa 20-25 minit about 1.2km
Berpeluh dan penat jugak tapi hasil pemandangannya dan pengalamannya memuaskan.


Inilah emerald poolnya, airnya berwarna hijau disebabkan lumut-lumut yang terdapat pada batu berkenaan.
Lumut-lumut itu juga membuatkan batu batunya menjadi licin dan senang membuatkan kita tergelincir.
So, kena sangat berhati-hati.
Pada masa kami pergi ni ramai orang sebab budak tengah cuti sekolah di Thailand.


Blue pool, inilah blue pool nya, cantik tapi tak bole mandi sebab bercampur dengan asid-asid yang boleh mereputkan kita.
Dari emerald pool ke blue pool memakan masa 5-7 minit iaitu 400 meter jauhnya.


Flora yang indah disepanjang perjalanan ke dalam Emerald dan Blue pool
Kami spend time about 1 jam disini.
Sebelum ke Tiger Temple, kami singgah makan nasi di Halal restaurant ntah kat area mana,
even kalau dorang culik kami pun redha je kot. LOL.
Minah salleh duduk depan Susu bertambah 4 kali kot
semua jalan lebih 2 km kot mahu tak kebulur, but I'm behave tambah sekali jewwww..
Air mineral memang banyak diaorang provide sebab panas terik mestila providekan.


Ini pula Tiger Temple, it take half an hour nak sampai sini.
Tangga ni menuju puncak Tiger Temple. Bilangan anak tangga ialah 1237 anak tangga. No kidding.
On the top of this temple you can see whole of Krabi, interesting kan?
Tapi Pak jenol hanya berjaya sampai ke 346 anak tangga, ada couple from Belgium sampai ke puncak, Susu dan budak thailand sampai 127 anak tangga sahaja. Lainkali je la tengok the whole Krabi.
Owh ye dari tempat kami makan ke sini makan masa 30 minit.


Sebelum menaiki gajah kami singgah di Krabi Romantic Road, singgah 2 minit je nak bergambar.
Tak tahu ape yang romantic sangat, tapi layankan ajelaaaaa.


Dari Tiger Temple ke Elephant Trekking ni makan masa 10 minit je.
Ada 3 gajah disini, semua muda belia lagi gajahnya.
Susu & Pak Jenol sahaja yang ambil this Elephant Trekking. 
Couple yang lain duduk tepi bagi Gajah makan pisang.
Takut sangat duduk atas gajah tu lagi takut dari naik roller coaster.
Lambat giler gajah ni jalan dan sangat takut kalau gajah ni mengamuk.
Jauh jugak gajah ni bawak kami, sempatla dia nak minum la nak pecahkan kelapa la.
Best sangat!
*tangan pak jenol sejuk sangat mesti dia ketakutan tapi pura-pura protect me LOL


Lepas naik gajah kami upah gajah dengan pisang. Geli ok bagi dia makan berlendir belalai dia.
Tapi nampak gajah ni macam senyum je la pulak.
Berdiri belakang belalai tu tourist kami namanya Meow-Meow
nampak gempal tapi jalan laju giler!


Ini kawan Gajah tadi dorang pukul 5.30 dah balik mandi dan berehat kesian dorang penat layan orang macam kami yang nak cuba naik gajah ni. Promise gajah i'll never bully you anymore, next visit i will just visit and feed you ok. Balik je kami turun di Ao Nang Beach. Alang-alang dah basah nak pergi mandi je terus kat laut sambil cuci mata.
Total kos kami berdua RM240 
kalau tidak diaorang offer RM360 tawar punya tawar dapatla harga yang murah
Alhamdulillah


Penat mandi manda kami makan lagi Pancake ni.
Lihat muka adik ni tebar bole keje kedai mamak kat sini kan?


Harganya sangat berpatutan!


Lepas minum petang kami menikmati sunset!


Sebelum balik hotel kami beli dinner yang paling murah dan halal.
Jimat-Jimat! & Sedap!
Tapau dalam hotel makan bersila tengok tv lagi best.

Susu!




Tuesday, May 7, 2013

Krabi Day 1: City Tour

Assalammualaikum!

Masih cerita Krabi, tapi kali ni pasal City Tour kami.
Flight landed around 7.30am Krabi time.
Krabi Airport lengang giler, katenye time kami pergi ni Off season dan flight kami adalah yang paling awal.
Imagine pegawai kastam dorang pun rilex je lenggang lenggok bawak kopi kat kaunter sebelum layan kami.
tapi very fast one la service kastam nye pun.


Inilah jaguh Krabi;
Simboliknya; Krabi's peoples believe that human comes from Monkey
so that's why this HuMonkey hold the traffic light
Oppppsss tak balance tu, jangan tercicir yeeeee 


 Inila Morning market diaorang, Halal semuanya kecuali ada pasar kecik kat belakang
jual barang-barang basah yang tidak halal.


Inila dalam pasarnya


Kopi Krabi pun sedapppppppp


Inilah tempat sarapan kami; banyak restaurant halal ok
jangan risau majoriti penduduk beragama Islam.
Diaorang nak bagi Duck Mee, memang takla
dengar Itik je pun dah kombang tokak den, lastly kami mintak nasi ayam,
tak pedas tak best! Tu baju pink tour guide kami name dia Soffeya
Dia convert to Muslim early this year first thing she said to us
'Sorry, I'm not covered my head because I'll loose my job if I covered'
kesiankan.... nak buat cemana, dosa masing-masing dan pengetahuan agama mereka cetek.


Sleeping Budha, Susu takde mood sangat kat sini sebab ade kubur dorang belakang tu and sunyi je
rasa tak sedap hati.


Haaaaa time to shop, tapi takde apepun nak shop, mahal pun ye gak kat sini
baik ko beli yang kat tepi pantai murah-murah woooo


Final stop of the day: Krabi Coastal Fisheries Research and Development Center.
Fish, fish, fish where are you?
Ha, ha, there you are!
Banyak fish kat sini best!


Penyu pun ade!


Ok ini kami jalan-jalan tepi pantai banyak tempat urut terbukak macam ni
dan ade jugak yang tertutup dan berhawa dingin!
Murah-murah je nok! RM20 per hour dah puas hati pun...
Range harga RM20-RM50 per hour.
Murahkan!

Disebabkan Susu kat Thailand, Susu ambil Thai Body Massage!
Kepak jangan tak kepak!

Susu

Island Hopping

Hi Ho!
Tak sabar nak cerita pasal Island Hopping in Krabi!


Cantik tak?
Nanti Susu cerita okay!

SUSU

sabarye....

Krabi Day 1: Krabi Tipa Resort (Ao Nang Beach)

Assalammualaikum!

Today pictures hanya tertumpu pada hotel yang kami menginap di Krabi
iaitu Krabi Tipa Resort (4 stars hotel); 5 minit walking distance from Ao Nang Beach.


Ini first place yang kami singgah bila flight touch down sebab Ketam besar ini simbolik KRABI
*pakjenol pakai sluar pendek nak kena sebat dgn bapak mertua!


Inilah hotel kami: Krabi Tipa Resort (Tipa tak tertipu)
Best giler hotel ni, dari layanan, accomodation, food semua tiptop


Antara decorationnya


dan lagi ~~ very cozy


Tandas dalam bangalow kami yang seksi & seram


Bungalow kami di puncak bukit; Tsunami Evacuation area.
Menapak pun boleh naik baggie pon boleh terpulang,
Pak jenol kata nak kurus exercise & menapak la
Tapi kalau susu penat pedulik ape naik baggie la sebab 
hotel dah sediakan rugi woooo


Menapak turun bukit bolela
Like the picture above


Playroom pun ada! Dalam playroom ade library!
sape ulat buku sila la ke library hotel
sape ulat gonggok pi ke tepi pantai banyak mat & minah salleh yang cekci & cekca


Hotel punya swimming pool, ko dah datang laut nak mandi swimming pool silakan!


Duit tak cukup??! banyak wooo money changer bersepah tepi pantai LOL tapi tak la tepi sangat! 
Cadangan duit yang harus dibawa macam kami berdua je bawak la RM500 cukup jeee


Motor comel cenggini korang bole sewa RM12-20 je sehari,
minyak tanggung sendiri; Ron 95 kat Krabi berharga RM3.47 per litre
Mahalkan minyak dorang!

P/S: Banyakkan gambar pak jenol je sebab tangan pak jenol tak bedong tak pandai amik gambar Susu.

SUSU