Friday, October 15, 2010

17 tahun kemudian....

Ape jadi 17 tahun dahulu??
Waktu tu masih di sekolah rendah. Dulu arwah abg susu suka pergi tgk bola dgn sepupu2 dan jiran tetangga yang sebujang dengannya. So, bila arwah abg dah takde, ade seorang abg sepupu yang offer susu pergi tengok bola di stadium merdeka,KL. Pasukan mana yang susu sokong??
Tentulah The Red Giant! Selangor! sebut je azman adnan, zainal abidin hassan, dollah salleh... tu lah hero-hero pasukan Selangor dulu.. sampai lagu tema pasukan selangor tu pun su tahu siapa penciptanya, menunjukkan betapa sokongnye su pada pasukan Selangor. Waktu kecik-kecik dulu banyak kali juga ke stadium bukan sahaja dengan sepupu, dengan abah dan arwah pak jang pun pernah. Setiap kali pasukan selangor jaringkan gol abg sepupu saya akan julang saya setinggi-tingginya (waktu tu susu pun kecil molek je sekarang ni kalau dijulang tak sampai ke langit kot)...hmmmm ini semua 17 tahun dulu.

Tapi selasa malam baru-baru ni officemate ajak tengok Selangor vs. Kelantan. Susu pun memang dah lama teringin so ape lagi lebih kurang dalam 10 orang kami pergi melepaskan tension dan tanda sokongan pada pasukan Selangor (bole jeritjerit!!). so enjoy these picture:

kami sampai 10 minit lambat (fashionably late)
kami duduk di tengah-tengah (parti berkecuali)
maklum saja penyokong2 yg agressif!fanatikboleh tahan penuh jugakla...dah mula mengganas?? fru bertindak!!kami pulang awal, elak kesesakan!!

The day after this game, I heard 1 Selangor fan injured (gaduh) and 1 Kelantan fan died (donno why), kesimpulannya Selangor 0 Kelantan 0 :) happy?

No comments:

Post a Comment