Thursday, December 16, 2010

Summer

Su tahulah sekarang musim winter not summer, tapi as I promised to you all in previous post, today su akan ceritakan macamana su kenal jiran su yang bernama 'Summer' ni. Nama sebenar dia Fatimah 'something-something' panjang la jugak ade 3 patah perkataan belum termasuk 2 patah perkataan nama bapa die pulak tapi pet name die Summer or Pinky.

Bila tanye bab keturunan Summer ni ada quoter of Malay, quoter of Bruneian and quoter of Filipino.. Dia memang tak pandai berbahasa melayu tapi die faham sikit-sikit bahasa melayu.

Mulanya Su dan Summer kenal di hadapan rumah Summer iaitu sebelah sahaja rumah Su. Summer sedang menangis di muka pintu. Sekali lalu Su buat taktahu sebab nak kena tukar baju untuk keluar semula, so bila keluar semula tengok die still menangis. Su pun tegur 'awak, ok ke?'
Summer said, 'what did you said I dont understand'

Dalam hati Tuhan je tahu aku nyampah kalau muka melayu tapi cakap omputih nih. So takpelah bagi can sket 'Are you ok?', then die replied, 'I'm stuck between the door and the grill, my key is inside' -- waduhhh parah sekali, atas sifat keperihatinan dan dok ingat kalau aku kena cemana? kalau nak kencing camane? kalau nak solat?.

Then, Su pun promised die untuk panggil pak guard yang kekurangan kerje (kasi tambah sikit kerja) untuk tolong Summer dan Su minta no. hp die supaya senang nak contact die. Lepas tu, setiap setengah jam Su akan call/sms die. Yelah, takut tak settle sampai malam jugak die duduk depan tuh -- ish, ish, ish, kesiannnn.

Lebih sayu bila Summer said, 'Tomorrow is my birthday, this not suppose happen to me' -- tak ke korang kesian???


Inilah Summer!

Both of Us!

Sejak itu kami bertambah rapat, kadang-kadang kalau dah jemu dating berdua Su akan ajak Summer to join. Daripada berjiran kami berkawan dan daripada berkawan kami akan jadi business partner soon, InsyaAllah Taala. Hope this friendship will last forever. Amen!

No comments:

Post a Comment