Wednesday, December 8, 2010

Rapunzel with Naufal & Friends


Sorry for the low quality picture
but you all still can see Naufal's anxiety face.

Ceritanye bermula bila Naufal ajak su tengok Rapunzel. Permintaan Naufal selalunya sukar ditolak sebab die terlalu 'cute' buat su. Kira sayang lebih la kat anak buah sorang ni. Tapi die memang pandai ambik hati. Jadi kesudahannye saya ikutkan saje kemahuan die tengok Rapunzel. 'Cikcu, bole bawak abang abil' - Abang abil sebagai peneman supaya tak terasa janggal.

4 Disember tarikh ticket yang dibeli sebelum menonton Harry Potter pada 2 Disember.
Dah diberitahu Naufal. Pejam celik, pejam celik 4 Disember pun muncul tepat pukul 12 tengahari su berada dipejabat dan Naufal telefon bertanya 'Pukul berapa cikcu nak amik?', 'Wayang start pukul berapa?', "Pukul berapa nak mandi?' dan yang paling penting 'Cepat sikitlaaaaa...'

Walaupun hari-hari sebelumnya su diberitahu kak jana bahawa Naufal demam, Kak jana cerita Naufal meminta die dibawa ke klinik segara supaya namanye untun menonton Rapunzel tidak dipotong su. Hailahhh kelakarnye die nih, macam-macam akal die.

Pukul 1 petang su bertolak dari office ke rumah kak jana, ambil Naufal dan Nabil kemudian ambil Summer (jiran su) di apartment su dan terus ke IOI MALL. Keadaan jalan yang sesak membuatkan Naufal tidak diam dan bila Summer mengusik Naufal, Naufal berkata 'Keep Quite' kepada Summer mungkin sebab dia sudah tahu yang Summer ni tidak pandai berbahasa melayu jadi die berbahasa inggeris dengan Summer dan Summer pun terkujat dibuatnye. Dalam perjalanan jugak Naufal bingit bertanya jauh lagike? kenapa cikcu cakap macam pergi Alamanda tapi jauh? pening su nak menjawabnya.

Sampai di IOI MALL, saya bawak mereka makan di Wendy's. Naufal bagitahu yang die taknak makan 'ahh sudah, die buat dah tak sabar die tuh' tapi saya pujuk juga dia untuk makan bersama. Akhirnya dia makan jugak. Berjaya!!

Sambil makan Su juga menunggu kawan Su, Hani die jugak excited untuk melihat Rapunzel. Hani sampai di Wendy's dan memesan makanan, Naufal dah gelisah mungkin die tahu kalau tunggu Hani lagilah lambat untuk ke panggung. Sampai Naufal 'sound' Hani, 'Bole tak tolong cepat sikit makan tu?', 'Tu la kenapa tak ikut kereta cikcu rapat-rapat' sampaikan Hani terkelu lidah nak berkata-kata.

Selesai makan kami menuju ke GSC dan bila dah dapat masuk saya minta semua bergambar didepan watak-watak didalam Rapunzel, mulanya Naufal enggan bergambar kerana tak sabar nak masuk ke panggung tapi saya pegang juga Naufal supaya masuk kedalam gambar (yang sebenarnye 'akak-akak' Naufal yang nak bergambar bukan Naufal pun.

Inilah gambarnya :)
sila bezakan muka kakak-kakak Naufal dan Naufal, ketaranya Kakak-Kakak Naufal yang suka nak bergambar (camwhorewomen)

Setelah cerita Rapunzel selesai, su sekali lagi memaksa Naufal memakai kaca mata 3D sebab mulanya die tak mahu lagi bergambar setelah su cakap 'Ambik gambar pakai spek ni nanti tunjuk mak jana' terus die pakai dan senyum. So MAKJANA, this is for you! anakmu berjaya menonton Rapunzel 3D :)


XOXO: CIKCU!

1 comment:

  1. Naufal tengok gambar ini,dia kata kakak tu tutup Rapunzel adik,hari itu hari yang paling stress bagi abang yazid anakya asyik tanya jam pukul berapa."mak kakak Summer tu kaya rumah dia ada swimming Pool" kalau kakak summer kaya Cik Chu pun kaya jugalah sebab rumah cik chu sebelah rumah kak Summer ooopsie .(Ngeeeee)

    ReplyDelete