Friday, October 15, 2010
Papparich, Pappapoor
Please enjoy these picture of Makan-Makan happen Yesterday (14 October 2010) at Papparich, Cyberjaya:-
Did we enjoy our food? Yes! we ate lunch and dinner there yesterday! believe it? you better believe it! with total lunch and dinner is RM1++.++ :) for 5 pax, thus, average is RM2+ per pax.
so guys, after spending a lot to papparich, end of this month we go back to pappapoor (ikan bakar, nasi goreng etc.)
P/S: Mak jana, i know u dah lama teringin, it is time to bwk budak2 sekali for minum petang!
XOXO: Susu!
17 tahun kemudian....
Tentulah The Red Giant! Selangor! sebut je azman adnan, zainal abidin hassan, dollah salleh... tu lah hero-hero pasukan Selangor dulu.. sampai lagu tema pasukan selangor tu pun su tahu siapa penciptanya, menunjukkan betapa sokongnye su pada pasukan Selangor. Waktu kecik-kecik dulu banyak kali juga ke stadium bukan sahaja dengan sepupu, dengan abah dan arwah pak jang pun pernah. Setiap kali pasukan selangor jaringkan gol abg sepupu saya akan julang saya setinggi-tingginya (waktu tu susu pun kecil molek je sekarang ni kalau dijulang tak sampai ke langit kot)...hmmmm ini semua 17 tahun dulu.
Tapi selasa malam baru-baru ni officemate ajak tengok Selangor vs. Kelantan. Susu pun memang dah lama teringin so ape lagi lebih kurang dalam 10 orang kami pergi melepaskan tension dan tanda sokongan pada pasukan Selangor (bole jeritjerit!!). so enjoy these picture:
maklum saja penyokong2 yg agressif!fanatikboleh tahan penuh jugakla...dah mula mengganas?? fru bertindak!!kami pulang awal, elak kesesakan!!
The day after this game, I heard 1 Selangor fan injured (gaduh) and 1 Kelantan fan died (donno why), kesimpulannya Selangor 0 Kelantan 0 :) happy?
Thursday, October 7, 2010
Wanita merogol Lelaki
Lelaki dirogol tiga wanita bergilir-gilir
HARARE - Seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.
Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe.
Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut.
Dia mendakwa tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis bahan yang rasanya seperti alkohol.
"Selepas dia terjaga, lelaki itu berada dalam keadaan bogel dan wanita-wanita itu merogolnya bergilir-gilir dan menderanya," kata jurucakap polis itu, Wayne Bvudzijena.
Lelaki itu memberitahu polis, dia tidak sedarkan diri selepas serangan itu tetapi kumpulan wanita tersebut kemudian bertindak meninggalkannya.
"Wanita-wanita itu mengambil wang sebanyak AS$300 (RM929.25) dan telefon bimbit," kata jurucakap polis tersebut.
Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan.
"Ia mungkin satu kumpulan atau lebih yang melakukan kejadian itu. Dalam semua kes, si mangsa tidak sedarkan diri dan mereka diberikan dadah supaya berasa pening," kata jurucakap tersebut.
Serangan seks yang dilakukan oleh sekumpulan wanita ke atas seorang lelaki dilaporkan buat kali pertama pada November tahun lalu.
Menurut akhbar Herald, dalam serangan itu, tiga wanita menculik seorang lelaki berumur 18 tahun.
Pada Februari lalu, empat wanita memaksa seorang lelaki berumur 25 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.
Bulan lalu, seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipaksa memakai kondom menjadi mangsa rogol dua wanita.
Seramai tiga wanita turut merogol seorang lelaki berumur 30 tahun yang telah diberikan dadah.
Berdasarkan undang-undang Zimbabwe, dakwaan merogol hanya dikenakan terhadap lelaki. - AFP
AKHBAR KOSMO!
-----------------------------------------------------------------------
Kelakar pulak baca paper harini. Baca yang saya boldkan tuh. So macamana??
Look like women rulez d world now! wallahualam.
Peace No War!
Susu
Wednesday, October 6, 2010
SUSU BENGANG!
Tapi Su nak bagitahu yang semalam adalah hari bengang saya. Sebabkan kawan-kawan sepejabat panggil saya Susu jadi kenalah dengan tajuk susu bengang.
Su dapat sms daripada kawan lama sms dia ditype begini 'Sue... XX ni... Ko ada no SSSSS tak? Urgent gak coz nak surat approval BBBB segera... If kalau ko ada lah...'
So, ape yang buatkan susu bengang?? sila baca seperti dibawah:
1. XX ni tak bagi salam dlm sms dia. -- so western konon
2. XX ni dah lama tak bertanya khabar even wish selamat hari raya alih alih sms minta urgent thingy utk kepentingan dia. -- so selfish!
3. XX minta no hp My 'ex'. 'Ex' yang aku pangkah selama-lamanya.
4. Susu memang under stress semalam..sangat-sangat under stress!!
5. I need some space at that time sape datang kacau memang kena.
6. Ade plak student dtg sign invois pegi sign part 'Bursary Manager' (sejak bila student naik pangkat)- kan menyusahkan aku nak buat invois byk2 kali??? --bengang sampingan/tambahan
7. I hate it when people type my name as 'SUE' its like suwei la wei for me. Please type 'SU' only short and simple korang pun tak penat nak tambah e kat hujung SU tuh..
Then now I wanna ask u guys...cukup sebab tak kalau su cakap SUSU BENGANG!
Nak tahu ape su reply kat kawan su yang sorang ni. Here it is:
'FYI AKU BUKAN SETAKAT DELETE NO MAMAT TU TAPI AKU DELETE DIE DALAM HIDUP AKU LAMA DAH! SILAP ORG LA WEH! TAK BG SALAM TAK TANYA KABAR ALIH ALIH KO CAKAP PASAL MAMAT JJJJJJJ TUH! APEKESS XDE KENE MENGENA WEH!'
Kesimpulannya, jangan sebab kepentingan peribadi sahaja baru nak contact kawan kawan lama dan saya nak nyatakan saya sokong program SUSU 1MALAYSIA! sebab saya melayu tak mudah lupa!
'Bengang' regards,
SuSu