Assalammualaikum!
Okay Day 2 in Krabi sepatutnya buat Island Hopping tapi
Tour guide ubah ke Day 3; so Day 2 jadi Free & Easy;
However, kami memilih untuk buat tour bersama tourist guide kami iaitu beraktiviti ke:
1. Hot Spring Water Fall
2. Emerald & Blue Pool
3. Tiger Caves & Temple
4. Krabi Romantic Road
5. Elephant Trekking
Breakfast dulu, Vege Fried Rice, Fried Egg, Donuts, Bun, Banana Cake & Mango juice
Ade je fruits salad, sausage & mee
dan ade je local muslim yang makan segala sausage tu tapi tak berani la..
R&R Krabi style.
Sebelum bertolak dari hotel ke Hot Spring Waterfall, kami diambil tourist guide kami (same company with the one that fetch us in the Airport but different person) They fetch us in the hotel around 8.45am and fetch others tourist (most of them mat salleh couple and 1 mother-daughter from north Thailand)
Haaaaa this ular daun welcome us in Hot Spring Waterfall
perjalanan dari AoNang Krabi Beach ke sini memakan masa 45 minit
dan dari pintu gerbang kena berjalan kaki ke tempat mandi manda air panas ni memakan masa 5-8 minit
Air nya agak panas melegakan kaki yang kepenatan.
Gambar kolam air panasnya Susu tak masukkan sebab tak clear
Tapi kalau mat salleh banyak disini semuanya seksi seksa belaka.
Ok after 45 minit di kolam air panas kami ke Emerald pool pula.
Dari Hot spring waterfall ke sini memakan masa 15 minit dan dari pintu gerbang ke pool nye
memakan masa 20-25 minit about 1.2km
Berpeluh dan penat jugak tapi hasil pemandangannya dan pengalamannya memuaskan.
Inilah emerald poolnya, airnya berwarna hijau disebabkan lumut-lumut yang terdapat pada batu berkenaan.
Lumut-lumut itu juga membuatkan batu batunya menjadi licin dan senang membuatkan kita tergelincir.
So, kena sangat berhati-hati.
Pada masa kami pergi ni ramai orang sebab budak tengah cuti sekolah di Thailand.
Blue pool, inilah blue pool nya, cantik tapi tak bole mandi sebab bercampur dengan asid-asid yang boleh mereputkan kita.
Dari emerald pool ke blue pool memakan masa 5-7 minit iaitu 400 meter jauhnya.
Flora yang indah disepanjang perjalanan ke dalam Emerald dan Blue pool
Kami spend time about 1 jam disini.
Sebelum ke Tiger Temple, kami singgah makan nasi di Halal restaurant ntah kat area mana,
even kalau dorang culik kami pun redha je kot. LOL.
Minah salleh duduk depan Susu bertambah 4 kali kot
semua jalan lebih 2 km kot mahu tak kebulur, but I'm behave tambah sekali jewwww..
Air mineral memang banyak diaorang provide sebab panas terik mestila providekan.
Ini pula Tiger Temple, it take half an hour nak sampai sini.
Tangga ni menuju puncak Tiger Temple. Bilangan anak tangga ialah 1237 anak tangga. No kidding.
On the top of this temple you can see whole of Krabi, interesting kan?
Tapi Pak jenol hanya berjaya sampai ke 346 anak tangga, ada couple from Belgium sampai ke puncak, Susu dan budak thailand sampai 127 anak tangga sahaja. Lainkali je la tengok the whole Krabi.
Owh ye dari tempat kami makan ke sini makan masa 30 minit.
Sebelum menaiki gajah kami singgah di Krabi Romantic Road, singgah 2 minit je nak bergambar.
Tak tahu ape yang romantic sangat, tapi layankan ajelaaaaa.
Dari Tiger Temple ke Elephant Trekking ni makan masa 10 minit je.
Ada 3 gajah disini, semua muda belia lagi gajahnya.
Susu & Pak Jenol sahaja yang ambil this Elephant Trekking.
Couple yang lain duduk tepi bagi Gajah makan pisang.
Takut sangat duduk atas gajah tu lagi takut dari naik roller coaster.
Lambat giler gajah ni jalan dan sangat takut kalau gajah ni mengamuk.
Jauh jugak gajah ni bawak kami, sempatla dia nak minum la nak pecahkan kelapa la.
Best sangat!
*tangan pak jenol sejuk sangat mesti dia ketakutan tapi pura-pura protect me LOL
Lepas naik gajah kami upah gajah dengan pisang. Geli ok bagi dia makan berlendir belalai dia.
Tapi nampak gajah ni macam senyum je la pulak.
Berdiri belakang belalai tu tourist kami namanya Meow-Meow
nampak gempal tapi jalan laju giler!
Ini kawan Gajah tadi dorang pukul 5.30 dah balik mandi dan berehat kesian dorang penat layan orang macam kami yang nak cuba naik gajah ni. Promise gajah i'll never bully you anymore, next visit i will just visit and feed you ok. Balik je kami turun di Ao Nang Beach. Alang-alang dah basah nak pergi mandi je terus kat laut sambil cuci mata.
Total kos kami berdua RM240
kalau tidak diaorang offer RM360 tawar punya tawar dapatla harga yang murah
Alhamdulillah
Penat mandi manda kami makan lagi Pancake ni.
Lihat muka adik ni tebar bole keje kedai mamak kat sini kan?
Harganya sangat berpatutan!
Lepas minum petang kami menikmati sunset!
Sebelum balik hotel kami beli dinner yang paling murah dan halal.
Jimat-Jimat! & Sedap!
Tapau dalam hotel makan bersila tengok tv lagi best.
Susu!