Saturday, November 24, 2012

Hantaran

Di hari Sabtu yang diselubungi sejuk ni, susu nak cerita pasal hantaran. Hantaran susu dibuat sepenuhnya oleh Kakak susu sendiri. Bertungkus-lumus dia menyiapkan sehingga ke malam hari sebelum pernikahan.
Sampai bila dia selesai menyiapkan hantaran semua dia menangis. (tak tahu kenapa, taknak tanya nanti I pun banjir - payah family tacing-tacing ni) 

Hantaran pihak lelaki 3 dan dibalas 5 dari pihak susu. Sikitkan? Susu & Pak Jenol setuju untuk tidak memberi sebarang hantaran berbentuk barangan cthnya perfume, kasut (i & pak jenol kaki besar) dan lain-lain. Kata orang time ini lah nak minta atau bagi macam macam. Tapi pada kami benda-benda begini boleh beli bila masa sudah berumahtangga pun..

Jadi inilah hantarannya yang digubah oleh Kak Aty (Kecuali bunga dip):


Quran dan Sejadah


Buah Kurma



Bunga Rampai dan Cincin


Cheese Cake


Chocolate



Pihak Pak Jenol pula berikan su Sirih Junjung, Cincin dan Quran.

Setakat ini sahaja ceritanya dulu, nanti sambung lagi ya cerita perkahwinan ni. 

No comments:

Post a Comment