Friday, November 30, 2012

Most Recommended Food: Kacang Pool

Nampak sedap kan?


Memang Sedap!!!!

Nama Makanan: Kacang Pool 'Haji'
Lokasi: Medan Selera (berhampiran Balai Bomba Larkin)
Waktu Operasi: 7 pagi - 12 Malam
Hari Operasi: Setiap Hari
Harga: RM4.00
Rate: 4.8/5

Adoi dah teringat ingat ni
JOM JOHOR!

Thursday, November 29, 2012

Newly-wed Weekdays Routine

Lately keluar office paling awal 6:00 & 6:45 paling lambat, in half an hour sampai rumah. Keluarkan barang-barang nak masak, masak nasi, solat maghrib, cook, mandi, tunggu Pak Jenol balik lebih kurang pukul 8 dan paling lambat pukul 9 malam. Dinner together then pak jenol basuh tolong pinggan mangkuk, tengok Adam Hawa together, or tengok Bola together. Solat Isyak together berbual-bual then tido. 6:00 mandi then subuh sama, Susu pergi kerja by 8:00 dan Pak Jenol pergi kerja pukul 9:00. 

Kesimpulannya kami jumpa mata ke mata kurang lebih 5 jam sehari. Mana cukup! This is not Fair at All! 

P/S: Rumah tak habis kemas lagi! #APTB


Throwback Thursday

Please meet the Simpsons's family!

July 2008, this picture taken in USS Florida

10 days in L.A & Florida 

Unforgettable memories and experiences


>_<

*praysohardtogetopportunitytogothereagain*

Wednesday, November 28, 2012

Wordless Wednesday


Penantian pengantin kecik ini berakhir pada 10.11.12


*mangsa kahwin paksa umur 5 tahun*
ahahahahahaha

P/S: tak berapa nak wordless sangat la harini

Tuesday, November 27, 2012

Most Recommended: Sengkuang Calit

Have you try 'Sengkuan Calit' before?
For sure, most of us have tried it before.
Classic right?

'sangkuang calit-sangkuang calit, mai singgah-mai singgah'

Location: Downtown market the Mines (infront of the Mines)
Time: 8:30 pm till late
Price: RM 2.50 (Spicy) & RM 2.00 (Original)
Taste: Crunchy, Yummy & Fresh
Rate: 4.5 stars



Kalah

Badminton kalah,
Bola pun kalah,
Ini la namanya kalah berganda!

#APTB

Sunday, November 25, 2012

Pelik La..

Kenapa ada orang suka buat status di FB
pastu
pastu
Like sendiri status dia tu (orang pertama pulak tu)
pastu 
pastu
Comment sendiri status dia (orang pertama jugak tu)
Kenapa eyh?

Pelik dan Kelakar...
FB dia suka dialah...
ahahahahahaha

Saturday, November 24, 2012

Surah 104: Al-Humazah





1. Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, 
(QS. 104:1)

2. yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya, 
(QS. 104:2)

3. ia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya, 
(QS. 104:3)

4. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. 
(QS. 104:4)

5. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu? 
(QS. 104:5)

6. (yaitu) api (disediakan) Allah yang dinyalakan,
(QS. 104:6)

7. yang (naik) sampai ke hati. 
(QS. 104:7)

8. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka, 
(QS. 104:8)

9. (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang. 
(QS. 104:9)


Surah ini mengingatkan kita supaya menghindari sifat mengumpat dan mencela.
Sama-samalah kita pelihara lidah kita dari mengumpat, mengeji dan mencaci sesama manusia.

Hantaran

Di hari Sabtu yang diselubungi sejuk ni, susu nak cerita pasal hantaran. Hantaran susu dibuat sepenuhnya oleh Kakak susu sendiri. Bertungkus-lumus dia menyiapkan sehingga ke malam hari sebelum pernikahan.
Sampai bila dia selesai menyiapkan hantaran semua dia menangis. (tak tahu kenapa, taknak tanya nanti I pun banjir - payah family tacing-tacing ni) 

Hantaran pihak lelaki 3 dan dibalas 5 dari pihak susu. Sikitkan? Susu & Pak Jenol setuju untuk tidak memberi sebarang hantaran berbentuk barangan cthnya perfume, kasut (i & pak jenol kaki besar) dan lain-lain. Kata orang time ini lah nak minta atau bagi macam macam. Tapi pada kami benda-benda begini boleh beli bila masa sudah berumahtangga pun..

Jadi inilah hantarannya yang digubah oleh Kak Aty (Kecuali bunga dip):


Quran dan Sejadah


Buah Kurma



Bunga Rampai dan Cincin


Cheese Cake


Chocolate



Pihak Pak Jenol pula berikan su Sirih Junjung, Cincin dan Quran.

Setakat ini sahaja ceritanya dulu, nanti sambung lagi ya cerita perkahwinan ni. 

Friday, November 23, 2012

Jodoh Kami




Alkisahnya, kenal pak jenol sbb dia satu ofis dgn susu. Lain department. Kisahnye kami sama-sama frust. Kami juga sama-sama temankan kawan baik nak bercinta. Alih-alih kami yang sangkut. Dalam masa 2 tahun, kami takde macam couple lain..Nak declare yang kami bercinta..Special date pun takde.. Paham-paham sendiri je..(kejam kan) yang ada hanya panggilan manja... :P (geli kak jemah baca)

Alhamdulillah, after so many ups and downs, Jodoh kami bertemu juga...Pak Jenol decide nak merisik sahaja. Dek kerana pengalaman susu dan pengalaman kawan kawan Pak Jenol. Kami tak mahu bertunang
dan kami mahukan segalanya sesimple mungkin. Paling tak boleh lupa. Malam yang susu nak inform mak yang Pak Jenol sekeluarga nak datang merisik Mak having high blood pressure yang sangat tinggi & Kak aty said 'Mak sakit sebab kau' so, nekad malam tu beritahu Mak. Automatically, Mak elok and sihat (Alhamdulillah) terus dia fikir macam-macam about our wedding Biasalah Mak kan?!

Masa lagi sebulan sampai sehari sebelum nikah memang banyak rasa gundah dan asyik tanya diri sendiri betul ke ni? Cemana tinggal dengan lelaki? Cemana perangai dia selepas kahwin? Macam-macam fikir... Alhamdulilah setakat ni semuanya masih terkawal. InsyaAllah semuanya ok.

10.11.12
tarikh pilihan Pak Jenol. senang diingati. tarikh ini sangat penting buat kami.

Semoga perkahwinan ini mendapat rahmat dan keredhaanNYA
Semoga hubungan ini kekal hingga ke Syurga.

Amin

Text & Love from Abah

Bapak mana tak sayang anak,
Dah kawen pun kasih sayang tetap dicurahkan..
jiwang plak..


Suke sangat dapat text macam ni...
Ingat Abah kat saya..
sob sob

Kasih Ibu membawa ke Syurga,
Kasih Ayah masa berada...
Adoi Tacing lagi....

Wednesday, November 21, 2012

Throwback Thursday



My Abah & Mak di Majlis Persandingan Mereka
Almost 40 years together.
Semoga kekal hingga ke Syurga.
Amin!

P/S: Muka Pak Jenol ada iras Abah ;)

Tuesday, November 20, 2012

3A: Aku Anak Abah

Ini buktinya


Kindly ignore pak jenol hidong kembang tu diatas ahahaha

Anak mana tak sebak bila tengok Abahnya menangis meninggalkan anak bongsu di rumah mertua.
Pak Jenol said Abah siap pesan: Jagakan ocu baik-baik macam princess ok (ahaha susu menambahje)

Kak Aty said: masa tengok tv malam sabtu tu abah tanya 'Apala khabar anak abah dirumah sana'
Sob Sob

FYI, Abah memang macamni masa hantar susu belajar kat Shah Alam pun dia yang teriak mak rilex je.
Ni hantar kat Puchong je kot pun teriak jugak...Abah, abah...
Love Abah!

Pengalaman Berharga

17 Nov lepas selesai sudah majlis disebelah pihak lelaki; adatlah dah habis majlis takkan nak terus balik rumah sewa? mestilah tidur dirumah mertua. Majlis rumah lelaki ber'rewang' plak tuh; ape lagi amek obat la malamnya menyental dan membasuh segala pinggan mangkuk periuk belanga semua. Takkan nak duduk je kan malu la wei. Memang la tak larat tapi ikut rasa memang kena pangkah la dengan mertua. Jadi jalan penyelesaiannya ialah join cuci-cuci. Lepas maghrib berjemaah bersama family mertua, terus ke tempah basuh periuk belanga tu dengan adik beradik husband yang lain. Nasib adik-beradik husband ade 11 orang kalau macam adik beradik su yang berdua ni sahaja alamatnye seminggu pun tak siap-siap.

Susah jugak basuh periuk ni perlu banyak bersabar dengan nyamuknya, dengan panas nye, dan segala bagai. Tapi pengalaman ni sangat berharga. Sebabnya dekat rumah sendiripun payah nak basuh periuk kecik-kecik pun alih-alih amekkaw besar punyaaaaa. 

Kesudahannya, susu down with fever, flu and cough sampai harini. Sekian, terima kasih.

Wednesday, November 14, 2012

Thursday, November 1, 2012

Throwback Thursday



Sayalah ahli parlimen gombak yang baru

LOL

Love,
Susu