Thursday, October 11, 2012

Rezeki


Rezeki memang semuanya datang dari Allah,
tapi kalau kita tak berusaha manakan nak datang hasilnya?
Betul tak?

Baru-baru ini Susu makan malam di Warong Nasi Lemak Sambal Opah 
Dekat area Subang.

Sambil menikmati makan ada seorang pakcik tua cacat penglihatan (buta) 
Menghulur Sepaket tissue sambil berkata 'Ikhlas Cik'
Fikirkan yang Susu bakal gunakan jugak tissue time emergency
atau tidak pun orang lain bakal perlukan.
Jadi susu berikan seikhlas hati dan ambil sepaket tissue.

Kemudian datang pulak orang kurang upaya 
Jual keychain buatan sendiri.
Tapi susu tak perlukan barang yang dijual.
Jadi susu tak beli. Tapi hati sedih sangat.
Sedih kenapa? 

Sebabnya bila susu fikirkan kenapa Manusia yang cukup sifat tidak mahu bekerja
atau berikan macam-macam alasan untuk tidak bekerja dan bergantung harap 
pada orang lain (lebih-lebih lagi bila lelaki berharap dari wanita)
Sedangkan orang yang kurang upaya sedaya upaya mencari 
REZEKI sendiri.

Tak malukah kita bila kita dilahirkan sempurna tetapi tidak mahu bekerja 
atau memilih untuk bekerja?

Jadi susu sarankan: 
Carilah rezeki walau kita tidak berilmu, 
Carilah rezeki walau kita kurang upaya,
Mencari rezeki itukan Ibadah dan Amanah,
Bekalan didunia dan akhirat.

*semoga rezekiku dan keluargaku serta saudara dan sahabatku serta seluruh umat Islam tidak pernah putus*




No comments:

Post a Comment