Thursday, July 22, 2010

Apa Dah Jadi???!

Mayat bogel ditemui terikat


ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang remaja perempuan yang ditemui tanpa pakaian di Machang semalam.


MACHANG - Misteri menyelubungi mayat seorang remaja perempuan apabila dia ditemui tanpa identiti dan dalam keadaan berbogel dengan kesan tikaman di dada kiri di Sungai Bagan, Pulai Chondong dekat sini petang semalam.

Ketika ditemui mangsa yang dipercayai berusia sekitar 20-an berada dalam keadaan tertiarap dan terapung di permukaan sungai berkenaan dengan kaki kanannya diikat pada sebatang pokok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, mayat itu ditemui oleh seorang penduduk yang ingin memikat burung pukul 1.15 petang.

Bagaimanapun menurutnya, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat mangsa walaupun pakaiannya ditemui kira-kira 250 meter dari tempat kejadian.

___________________________

Bila baca berita diatas (Kosmo), su tertanya-tanya macamana boleh jadi begini?
Salah siapa? atau siapa yang patut disalahkan? mana perginya rasa kemanusiaan?
Binatangkah yang lakukan semua ini?

Hari ini su dapat tahu rupanya mangsa kejadian adalah sepupu kepada rakan sepejabat su. Mangsa dirogol, ditikam dan diikat dalam keadaan berbogel. Diberitahu juga bahawa mangsa yang baru berusia 19 tahun telah hilang dari rumah sejak seminggu yang lalu.

Bolehkah kita mengatakan 'inilah takdir berakhirnya kehidupan mangsa'?

Ramai rakan sepejabat menyalahkan internet dan pornografi yang menyumbangkan seringkalinya perkara seperti ini berlaku. Ya, memang ada betulnya dan ada juga perkara lain yang turut menyumbangkan jenayah ini. Fikirkanlah.

Masih terngiang-ngiang bila nenek menasihatkan su dan sepupu-sepupu yang lain bila hendak ke K.L bunyinya begini, 'Jalan pimpim-pimpim. Masuk tandas beramai-ramai.' Dulu kami hanya ketawakan nenek, sebab pada kami nenek 'tak moden'. Tapi bila difikirkan sekarang semua nasihat nenek sangat berguna, bukan setakat bebelan kosong. Nasihat nenek supaya kami lebih berhati-hati. Terima kasih nenek.


No comments:

Post a Comment