Thursday, September 23, 2010

Mimpi Lagi....


Ahad lepas su mimpi dapat mengerjakan umrah. Keadaan mimpi tu su baru dapat berita nak bertolak ke Mekah dan Madinah. Su sangat gembira tapi ada terselit rasa takut sebab kenangkan dosa, takut takut su tidak diterima Allah. Keadaan kelam kabut itu su sempat kerjakan solat sunat taubat , berdoa sambil menangis meminta Allah mengampunkan su dan berharap sangat Allah terima taubat su. Setelah itu semuanya pun dah bersedia untuk berlepas...tiba-tiba su terjaga. Su rasa mata su membengkak kesan menangis (mungkin kesan tidur) dan hidung tersembat (mungkin sejuk sangat).

Masa terjaga su harap sangat kalau dalam mimpi tu dapat su lihat kaabah dan kerjakan umrah..dan sekarang su bukan setakat berharap dapat lihat kaabah dalam mimpi tapi su harap dapat lihat kaabah dan menjadi tetamu Allah dalam realiti...InsyaAllah satu hari nanti...

tanamkan keazaman...eh azam je tak cukup la...kumpul duit juga... :)

Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan-ni'mata
Laka walmulk
Laa sharika lak.

O my Lord, here I am at Your service, here I am.
There is no partner with You,
here I am.

Truly the praise
and the provisions are Yours,
and so is the dominion and sovereignty.

Tuesday, September 14, 2010

Sepatutnya...

Sepatutnya...sekarang ini waktu menonton tv...
Sepatutnya...bersantai bersama keluarga...
Sepatutnya...pagi tadi bangun lambat...
Sepatutnya...su bukan di pejabat...
Sepatutnya...su masih bercuti raya...

Sekarang, Su dipejabat...
Tapi, Su tidak bekerja...
Sebab, Su masih didalam Hari Raya 'Mode'
Jadi, Selamat Hari Raya Aidilfitri-Maaf Zahir dan Batin!!

Wednesday, September 8, 2010

Satu Sen Tak Guna


Assalammualaikum
Diakhir-akhir Ramadhan ni bukan su nak marah lagi seperti tajuk yang tertera diatas.
Tapi ianya ade sangkut paut dengan ape yang su nak kongsi bersama semua.
Mengenai duit 1 sen.
Dahulu, keluarga su bukanlah senang dan bukan juga susah.
Tetapi ade masanya kami seakan kesempitan wang.
Sekolah rendah dulu, bila abang (arwah) dan kakak dah bersekolah menengah su tidak selalu dijaga nenek, jadi su duduk sendiri dengan abang dan kakak dirumah.
Jadi makan selapas balik dari sekolah kami akan 'pandai-pandai' sendiri.
Kalau awal bulan bolehla minta wang saku lebih dari mak tapi bila dah tengah bulan memang keaadaan agak sukar nak dapat belanja lebih.
Selalunya, pulang dari sekolah kami akan ke gerai makan dan membungkus makan tengahari.
Kami tak pandai masak dan kami tak dibenarkan masak oleh mak sebab mak takut dapur terbakar.
Su ingat lagi dialog dengan makcik kedai simpang di gombak 'makcik, kalau saya ade RM1 ape lauk yang boleh saya dapat?' dan makcik tu akan kata 'nasi dan telur kicap'
Satu hari, su dan abang sangat lapar lepas pulang dari sekolah dan kami kehabisan duit, lalu abang menyuruh su membeli maggie di kedai pak karim (kedai kegemaran orang2 jalan melati).
Su tanya 'duit?' dan abang berkata 'abang ali ade duit satu sen cube cu kira dulu'
Dengan penuh semangat su pun kira dan memang genap RM1 untuk beli sebungkus maggie.
Abang ada bertanya 'boleh ke guna duit tu?' su dengan penuh yakin berkata 'kenapa tidak? duit jugak ape?' dan abang kata lagi 'pergilah'
Su tahu dia malu untuk pergi kedai pakcik karim sebab duit satu sen tu.
Bila pergi kedai su cakap dengan pakcik karim 'pakcik, saya nak beli maggie ni, nah RM1'
Kemudian pak karim tergelak dan berkata 'heh, mana bole pakai duit satu sen ni, tak boleh tak boleh' dan su pun pulang kehampaan dan kelaparan.
Dan petang itupun berlalu dengan keadaan kami yang lapar sehingga mak balik dari kerja dan masak untuk kami sekeluarga.

Su harap kisah ini takkan berulang buat keluarga su dan takkan terjadi kepada sesiapa.
Setiap kali ada duit su akan ingat situasi ini dan ingatan kepada situasi ini juga akan memberatkan ingatan su kepada arwah abang (al-fatihah)

Wednesday, September 1, 2010

Untuk Bacaan 18 Tahun Ke Atas


'When you judge another, you do not define them, you define yourself'

equal to
'When you judge another is being bitchy, you do not define them, you define yourself as a bitch'

puasa kali ini menduga kesabaranku