Assalammualaikum!
Harini cerita pasal Island Hopping.
Sebenarnya krabi ni banyak pulau pulau kecik
Package yang kami beli thru mydeal memang termasuk Island Hopping
So haritu ade 5 tempat perlu kami singgah:
1. Tub Island
2.Chicken Island
3. Mo Island
4. Poda Island
5. Railey Beach
Semuanya best!
Ini gambar Long Tail Boat yang disediakan.
Boat ni bole muat 40 orang
tapi kami duduk hanya 20 orang sahaja.
So selesalah sikit.
Ini antara pulau-pulau kecil yang ada
Banyak juga pelancong yang bawa kapal kecil macam ni untuk belayar sendiri
Excited bila turun dari boat di pulau yang pertama dah nampak ikan ikan kecik berenang di tepian pantai sahaja, xperlu snorkelling tempat jauh jauh pun. Teruja sampai terjerit dan terasa macam kanak-kanak sekejap.
Ada middle age Chinese couple from Malaysia jugak yang sudi ambil gambar kami berdua, takdela asyik aku amik gambar kau - kau amik gambar aku je kikikiki
So orang berbudi kita berbahasa la, kamipun amikkan la gambar mereka jugak.
Di perhentian pertama jugaklah ada gua yang dijadikan tempat pemujaan, kata tourist guide kami for that day 'Billy' tempat ni bolela sesiapa nak membuat hajat seperti mendapatkan anak,bisnes yang baik dan sebagainya, dengan syarat bila hasrat dah kabul kenala datang dan puja lagi.
Kat tepian pulau juga banyak boat-boat yang buat jualan makanan untuk para pelancong.
Harga sama je macam di pantai utama.
Okay masa nak bergerak ke pulau kedua gambar ini disnap oleh pak jenol, kata nya bentuk muka orang tengah marah, ye ke? time ni susu dah tak daya, sebab mabuk laut terlampau, walhal dah siap ubat semua tapi still muntah dan pening toksah cakap la. Ini semua salah pak Jenol dia yang nak sangat ke pulau!!
Okay ini pulau kedua, actually pulau ni bersambung ke pulau lain yang dipisahkan air laut yang cetek.
Tetibe orang thailand ni tegur susu, mula-mula cakap thailand lepas dah explain yang kami bukan org tempatan baru dia speaking, baik orangnya bernama Zulaikha *tengah pregnant tu
Okay kat sini su & pak jenol sempat la snorkelling tepi pantai je sebab berdiri cecah peha je, tapi ikan banyak sangat yang cantik-cantik *nyesal tak beli camera bole celop dalam air
Ini gambar pulau ketiga, kat sini memang su tak turun boat langsung sebab mabuk sangat sampai terbaring,
bagitahu mak mesti dia kata 'sudah jangan pergi lagi' (meleset!!! mak kata 'apa suami suka kenala kita suke - tolongla mak kita pun ada kesukaan kita jugak kikiki -typical me yang degil!!)
Ni pak jenol bagi makan ikan sambil nyanyi lagu 'Bondaku si Ikan Kaloi'
Okay pulau ke empat chicken Island kan macam bentuk ayam tu!
Di Railey Beach kami diberi makan tengahari! Lapar ok lepas muntah bagai!
Sedap betol nasi goreng ni!
On the way balik kami dijamu pemanis mulut!
Jangan risau kulit tembikai dibenarkan buang dalam laut sebab ikan ramai yang lapar!
Nenas kat sana manis-manis!
Pendek kata Island Hopping ni seronok bila kita menikmati pemandangan dan kita appreciate ciptaan Allah! tapi tak larat nak layan seasickness nye sampai 3 hari kot!
P/S: Pak Jenol, Next trip let me choose pulak ye jangan nak gila kuasa kahkahkah!
Sekian
seronok.. seronok.. tapi kalau hantar proposal kat abang rafi .. mesti kena reject punya... gi langkawipun tak dapat nak island hoping dngan alasan anak2 kecik lagi... tau dah...
ReplyDeletealah cuba je dulu angin2 kat abg rafi tak cuba tak tahu kikiki, tak pun tgu atikah n azalia besar sikit lagi -- amboi, tak pun tinggal budak2 kakzila & abg rafi je la pergi ecewah
Delete