Monday, April 29, 2013

Kembali kepangkuanNYA


Setiap yang hidup pastikan mati; itu janji Allah swt.
Tiada yang kekal melainkan Dia yang Esa

Pada 19 April, MIL dah call pun pak jenol
dengan tangisan MIL minta kami melawat Makcik (adik MIL)
yang tenat sebab Kanser Hati.
MIL yang sememangnya rapat dengan Makcik
sangat sedih dan meminta semua adik beradik ipar Susu
melawat Makcik

Makcik pernah ada breast cancer stage 3, tapi Alhamdulillah 
Makcik sihat dan kuat semangat untuk lawan sakit itu
dan dia berjaya sembuh.

Akan tetapi 2 bulan lepas Makcik
disahkan liver cancer stage 3 pula,
Pakcik & Makcik cuba sedaya upaya merawat
tapi apakan daya pada 20 April 10 Malam
Makcik telah kembali ke rahmatullah

Tak sangka Susu dan Pak Jenol adalah orang 
terakhir yang melawat makcik semasa hayatnya.
Kami syukur kerana punyai masa melawat makcik sebelum
dia menghembuskan nafas yang terakhir.
Tetapi kesal sebab Susu tak dapat mengenali Makcik lebih dekat.

Dari cerita Pak Jenol, Makcik sangat baik
semasa Makcik bujang Makcik melayan adik beradik Pak Jenol bagai anak sendiri.
Membelikan mereka baju, kelengkapan raya semasa merisik Susu juga
Pakcik & Makcik lah antara orang kuatnya.

Pakcik dan Makcik mempunyai 7 anak dan boleh dikatakan
anak-anak mereka terdidik dengan baik, pandai dan beradap.

Harapannya Pakcik dan anak-anak tabah menghadapi dugaan ini.
Banyak yang Susu nak cerita tapi bila nak cerita seakan-akan 
tersekat sebab sedih dengan keadaan sekarang.

Tahlil arwah Makcik sempat Susu luangkan masa datang 
kerumah Makcik & Pakcik diBangi
Kesempatan ini Susu ambil untuk lebih kenal dekat lagi dengan
saudara-mara Pak Jenol sebelah MIL dan mengenali adik beradik ipar 
dengan lebih dekat lagi. InsyaAllah.

Gambar diatas ialah gambar bersama saudara mara Family In Law susu yang ramai dan meriah termasuk arwah Makcik dibelakang Opah. ~Alfatihah

Susu

No comments:

Post a Comment