Alkisahnya, kenal pak jenol sbb dia satu ofis dgn susu. Lain department. Kisahnye kami sama-sama frust. Kami juga sama-sama temankan kawan baik nak bercinta. Alih-alih kami yang sangkut. Dalam masa 2 tahun, kami takde macam couple lain..Nak declare yang kami bercinta..Special date pun takde.. Paham-paham sendiri je..(kejam kan) yang ada hanya panggilan manja... :P (geli kak jemah baca)
Alhamdulillah, after so many ups and downs, Jodoh kami bertemu juga...Pak Jenol decide nak merisik sahaja. Dek kerana pengalaman susu dan pengalaman kawan kawan Pak Jenol. Kami tak mahu bertunang
dan kami mahukan segalanya sesimple mungkin. Paling tak boleh lupa. Malam yang susu nak inform mak yang Pak Jenol sekeluarga nak datang merisik Mak having high blood pressure yang sangat tinggi & Kak aty said 'Mak sakit sebab kau' so, nekad malam tu beritahu Mak. Automatically, Mak elok and sihat (Alhamdulillah) terus dia fikir macam-macam about our wedding Biasalah Mak kan?!
Masa lagi sebulan sampai sehari sebelum nikah memang banyak rasa gundah dan asyik tanya diri sendiri betul ke ni? Cemana tinggal dengan lelaki? Cemana perangai dia selepas kahwin? Macam-macam fikir... Alhamdulilah setakat ni semuanya masih terkawal. InsyaAllah semuanya ok.
10.11.12
tarikh pilihan Pak Jenol. senang diingati. tarikh ini sangat penting buat kami.
Semoga perkahwinan ini mendapat rahmat dan keredhaanNYA
Semoga hubungan ini kekal hingga ke Syurga.
Amin
No comments:
Post a Comment