Ateh yang su kenali sedari kecik, memanglah seorang yang lemah lembut dan sangat baik. Ahad lepas masa su melawat Ateh di Hospital Selayang, memang dia dah bertambah kurus tapi masih boleh bangun dan berbual-bual. Baru minggu lepas juga su bercakap dengan mak, su katakana pada mak yang ramadhan dan syawal kali ini mungkin lain dari lain sebab keadaan Ateh ketika itu masih dihospital. Mak juga sedih sebab satu-satunya adik perempuannya dihospital.
Bila su mengetahui keaadaan Ateh bertambah kritikal pada Ahad lepas dari Kak Jana memang dah niat akan melawat Ateh pada Isnin malam tapi tak kesampaian bila Allah merencanakan Ateh pergi dahulu menemui ajalnya pada pagi Isnin. Boleh dikatakan kami sepupu-sepupu dan sedara-sedara sebelah emak memang sangat akrab, oleh itu kehilangan Ateh amat dirasai.
Tak dapat gambarkan bagaimana tabahnya Achik, Mira dan Kak Ija yang sangat setia menjaga Ateh dihospital. Kalaulah su yang disituasi yang sama tak tahulah macamana, mungkin su akan menangis sahaja dan mungkin su tidak setabah keluarga achik.
Semasa hari pengkebumian Ateh, aku melihat Achik sesekali dia bersembunyi ditempat yang tidak ramai orang dan menangis sepuasnya, dari situ memang dapat dilihat betapa sayangnya Achik pada Ateh. Masakan tidak, Achik juga setia menjaga Ateh dari segala segi sepanjang Ateh terlantar dihospital. Aku juga melihat Achik, Mira dan Kak Ija mengambil masa lebih 5 minit dikubur Ateh sebelum meninggalkan kawasan perkuburan. Sedihnya melihat semua ini, sebab kita tahu dalamnya kasih saying mereka pada Ateh.
Kami semua akan merindui Ateh. Tiada lagi berbuka puasa bersama Ateh, tiada lagi kuih raya yang sangat sedap dari air tangan Ateh dan tiada lagi penggubah hantaran yang hebat dari keluarga Fatimah.
Hanya doa yang dapat dikirimkan. Semoga roh Ateh tenang disana. Al-Fatihah.
sedih baca post ni...
ReplyDeletekita sama2 doa agar roh ateh dicucuri rahmat dan achik n family dikurniakan ketabahan....
amin...
ReplyDeleteaku pun sedih...masa menaip post ni bergenang air mata aku...
nangis baca.....kita semua ada kenangan bergambar bersama hantaran masing2 dgn ateh....
ReplyDelete