Wednesday, October 31, 2012

Baby are you down, down, down, down, down

Hi!
Have u guys try out new 
KFC Zinger Double Down?


Yes as advertised below IT'S MEAT, MEAT, CHEESE & MEAT only.
No Vegetables
No Burger Bun

Try it! Although it is smaller that what I expect
but It's worth it!


Pic above credit to KFC FB

then you can tell me,
baby are you down, down, down, down, down?

Wordless Wednesday






Tuesday, October 30, 2012

Ada apa dengan nama?



Ahmad Ash'Ari
Habsah
Safia
Idris Khairun Nasirin
Nazirah
Bashira
Bukhari
 Abu Bakar
Amir Akhbar
Muhammad

Ini bukan nama sedara ke? sepupu ke? bakal anak ke?
tidak sama sekali

Tapi Nama nama diatas ialah nama bakal adik beradik baru nanti

Ramai kan?

termasuk future husband 11 orang 

Ida: Susu apa name adik beradik zuzun?
Susu: hah! alamak susu lupa la.
Ida: Susu ko nih...
Susu: Ok gtalk zuzun now!

Friday, October 26, 2012

Happy 8th Birthday Naufal

Saat ni maybe kami tengah celebrate Birthday Naufal yang ke-8
Naufal ni kira nephew terapat Susu & Kakak.
Kalau kira memang Naufal & Abang-abangnya dan Kak Jana
Sendiri memang rapat dengan kami.



Dua Minggu Sebelum Birthday!
Naufal: Cikcu, besday kita nanti nak beli hadiah ape?
Me: Naufal nak ape?
Naufal: Naufal nak mainan Nerf, jom kita tengok dalam Toys r' Us website!
*gara-gara ajar die tengok website Toys r' Us last year*
browsing-browsing
Naufal: Haaaa adik nak yang ini!
Me: Ok RM40 murah je bolehlaaaa
Naufal: Ok

Seminggu Sebelum Birthday!
via SMS
Naufal: Dah belike hadiah kita?
Me: Belom nanti belilah.
Naufal: Cikaty dah belike?
Me: Cikaty share dengan cikcu je.
Naufal: Ala kita nak 2 baru best.
Me: Hahahahaha.

Pagi Birthday!
via Phone Conversation at 7.10am
Naufal: Cikcu, Harini birthday kita!
Me: Tahuuu, Happy Birthday!
Naufal: Dah beli hadiah kita? Mana Hadiah Kita?
Me: Belum, esok beli nanti Raya Haji kita bagila..
Naufal: Raya haji hari apa?
Me: Jumaat
Naufal: Ok bai.

Banyak kenangan dengan Naufal ni, kenangan tengok wayang, kenangan tengok Snow White same-same, kenangan bergaduh, menyakat, makan, minum dan tengok cerita hantu. Pendek kata Naufal disenangi sebab kepetahan dia dan dia sebagai kanak-kanak sangat bijak menggunakan internet. *Amazing Sangat*
Harap-harap Naufal jadi anak yang baik dan soleh serta berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya. AMIN!



Love,
CikShu





Salam Aidiladha!


Susu ucapkan salam Aidiladha buat semua Umat Islam
Aidiladha kali ini mungkin yang terakhir buat susu beraya single
T_T

Adoyai

OKBAI

Thursday, October 25, 2012

~~Mengenangmu

Harini ini (mengikut calender Islam)
genap 20 tahun arwah abang susu
Ahmad Razalee Bin Hashim
(Abg. Ali)
kembali kepada DIA
penciptanya.

setiap kali sehari sebelum Aidiladha
susu pasti teringatkan arwah
kadang-kadang bila ada sesuatu yang
boleh buat susu kenangkan die pun
pasti datang rasa sedih

Contohnya:
1. Kuih pau: Arwah sukakan pau kacang
2. Maggie: satu hari kami sangat lapar & tidak berduit, 
kumpulkan duit satu sen dengan harapan dapat beli Maggie sebungkus.
3. Basikal: Sampai sekarang mak masih simpan basikal arwah
macam-macam lagi



Ini gambar arwah Abg Ali (masa kecil) dengan Kakak Susu

AL FATIHAH

Ya ALLAH, Ya RABBI
Semoga Roh Arwah Abang ku; Ahmad Razalee Hashim
ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
AMIN ya rabbal alamin.

~~Kau Teristimewa, Tapi DIA yang Sempurna~~

Throwback Thursday


Selain takut naik jongkang jongkit

Susu jugak penakut belon!

Dari dulu sampai sekarang...

Muka diatas ialah muka buat-buat berani..

:P

Wednesday, October 24, 2012

Wordless Wednesday






Family expression trademark!
Surprise or Happy 

Tuesday, October 23, 2012

Risau


Semalam pukul 8 malam Kak Aty call
bagitahu Abah jatuh longkang
Serius risau, then fikir macamana dia boleh jatuh.
Kak Aty said 'Call la Abah'
*Airmata dah mengalir saya cepat tacing*

Fikir kesiannya Abah
take 5 minutes after Kak Aty called
to call Abah

Me: Abah Ok?
Abah: Ok je..
Me: Dengar jatuh longkang?
Abah: A'ah dah tahu cemana boleh jatuh,
Abah rasa masa langkah tu ok tapi tiba-tiba jatuh plak
*airmata susu mengalir - sedih sangat*
Abah: Cerita kat Azmir (kwn Abah) dia kata Abah darah manis
*eyh melawak pulak*
Me: Abis tak pergi klinik?
Abah: Tahan dulu la tapi berdenyut ni,
nasib masa kepala jatuh ke rumput bukan ke batu.
Me: Pergi la Klinik check dulu?
Abah: Nantilah Abah ok lagi.
Abah: Ko sihat?
Me: Ok bah..

Pagi ni 10.30 call Mak
Me: Mak, Abah mana?
Mak: Dia dah keluar dengan kawan dia beli barang nak Korban
Me: Abah dah ok ke?
Mak: Sakit jugak, nak pakai baju susah.
Me: Tak pergi klinik?
Mak: Tak, Mak dah sapu gamat kat luka dia & dah sapu mustajab. 
Me: Harap oklah
Mak: Abah pi tengok tempat dia jatuh smalam dia pun pelik cemana die boleh jatuh


Peoples I LOVE the MOST!

Ya Allah kau lindungilah kami sekeluarga
daripada sebarang mara bahaya
Hanya padamu Kami berlindung.
AMIN



Daftarlah!



Hah Jawablah!

Saya sudah!

Yeay!

Korang belum! boooo
Daftarlah segera.
Bukan susah pun.
Bawak IC
pergi nearest Post Office
then register.
done.
then bole semak di www.spr.gov.my
Mudah kan :P

*modetaksabarnakmengundi*

Monday, October 22, 2012

Handi-Snacks

Lapar?


Pagi-pagi or Petang-petang dekat ofis
selalu lapar

Tak perlu makan berat-berat
sebab nak jaga badan katanya

Jadi belilah Handi-Snacks (Brand Kraft)
Crackers & Cheese Dip

Kalau nak gemuk makan Crackers & Cheese
Kalau nak 'diet' makan Crackers nye sahaja

Tapi mesti cheese tu tetap memanggil-manggil

Nyum Nyum
:)


Thursday, October 18, 2012

Muhammad Luqman Sharil Ezrin

18 September 2012
11.59 pm
Lahirlah seorang lagi anak kepada sepupu susu
Wani & Sharil. Luqman adalah anak pertama Wani & Sharil.

Ini gambar Luqman masa baru lahir

Kebetulan tarikh lahir Luqman sama dengan Kakak Susu
Itu yang excited lebih.
Luqman kalau lambat seminit memang dah tak sama besday with cikaty.

Susu dan keluarga pun berkesempatan melawat Luqman, Wani & Keluarga di Johor.

Kami doakan semoga Luqman menjadi anak yang baik, bijak dan beriman kelak.
AMIN!

Harini Ulangbulan Luqman yang pertama.
Sekejapje dah sebulan.
Nak tahu Luqman dah pandai buat ape?
Cer tengok ni:


Duck-face Y'all

and 

It's inherited from:


PeaceNoWar



Adam & Hawa

At first, susu macam tak layan sangat bila semua orang sohseh sohseh
pasal cerita yang meletup ni esp bila Aaron Aziz berlakon kan kan kan
(sape yang tak suka kan Aaron kan kan kan)

Tapi kelmarin! (16/10/2012) tido dirumah kak Jana, so temankanlah die 
tengok Adam & Hawa ni, dah episod 30 lak tu. So, buat-buat je la paham.
Dah la nak tunggu cerita ni tayang jam 10 malam, azab betol!
Siap nak bagi hilang ngantok bole kayuh basikal dulu dalam rumah Kak Jana tu
(exercise konon!!)

Lepas tengok cerita tu
Tetibe satu angin datang sayup sayup
Terasa nak baca Novel nya dulu. So, mintak la pada kak Jana meminjam kan 
Novel A&H yang dia beli dari tahun 2005 dan masih elok lagi.

Start baca semalam memang Novel ni ade AURA yang tersendiri
sampai heronya susu bayangkan orang yang lebih handsome dari Aaron Aziz
(I pun minat Aaron Aziz sikit2) tapi dalam apa yang dibayangkan dalam Novel ni 
ehemehem Adam lagi handsome la ckit (Sorry Aaron Haha)

Okay semalam baru sampai chapter lima 
sebab tak bole tido punya pasal layan la Novel ni sampai tertidur pukul 2 lebih pagi kot.

Ok now susu mengantok dan asyik teringat-ingat Novel Adam & Hawa ni kat rumah!
*itoldyouthisnovelberhantu*




sebenarnyabacanovelsbbnakhilangkannervousokbai


Throwback Thursday



"Abiiiii......Abiiiiii"

stand for B*bi 

Saya yang penakut naik jongkang-jongkit

*sigh*

Susu

Wednesday, October 17, 2012

Caffeinism

FYI,

I can't take too much caffeine.

Too much caffeine can lead to Caffeinism.

What is Caffeinism?

Caffeinism usually combines caffeine dependency with a wide range of unpleasant physical and mental
conditions including nervourness, irritability, restlessness, insomnia, headaches and heart palpitations after caffeine use

But I must take some coffee or Nescafe to start my day

thus

I found this kind of Nescafe

Introducing:

Nescafe MILD


It's very very mild

and I will take once a day :)

and this avoid repeated Caffeinism.

Thank you Mild Nescafe and Thank you Nestle.

*inibukaniklanberbayar*

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa khas oleh:

Susu

Wordless Wednesday






Tuesday, October 16, 2012

Garang!

Al kisahnye begini:

Student: Miss, can I ask you something
Me: *sambil berkerut* Yes
Student: Miss why you always have frowning face like that, are you mad at me?
Me: Noooo, I'm born with this face
Student: Nooo, when I come to you, you always makes that face.
Me: Ok let me show you the proof.

then after awhile I show him this picture below:



Me: I told you this is my face and I born with it
Student: Hahahahahahahahahahaha you're funny

*and the student gave me KIT KAT and still laughing*


Garang kan!
Tinggal nak bertukar hijau je!

Susu *Hulk*


Nak Cari...

Selamat Pagi!
Date dah dekat sangat dah ni
Tapi ade few things yang masih belum dibeli
even belum dicari.

Barang yang nak dicari ialah:
1. Kasut! kalau boleh nak 1 (SATU) je kasut yg bole masuk ketiga2 acara
(which is Nikah, Sanding & Bertandang)
2. Lampu Bilik saya! (since colour bilik berhantu so kena main dgn lighting kuning sket ar)
3. Barang Hantaran (walaupun kakak saya yang akan buat dan sponsor tapi pening gak nak layan)
4. Choc/Kurma for Hantaran (haaa ni dah banyak kali survey tapi tak beli-beli)
5. Bunga Tangan (dah ade tempat nak beli tapi harap ade yg tolong pick up)
6. Accessories (Nak pakai accessories ape eyh)
7. Cincin Kahwin (Saya belum dia sudah ini tidak ADIL!)

Harap-harap semua berjalan lancar...

Harap juga list ni takkan bertambah...

Harap dipermudahkanNYA...

Sekian dengan penuh Harapan!

*berangan*

"NAK CARI KAYUUUU, NAK CARI KAYUUUU"

Susu 

Monday, October 15, 2012

Google Doodles Today


Little Nemo in Google Land

Comel

Ok Bai

Saturday, October 13, 2012

Friday, October 12, 2012

Most Recommended Beautifying Oil For Dry Skin

Latest Beautifying Oil for Dry Skin is as below:


Most Recommended simply because:
1. Moisturizing your skin
2. Choose you own favorite scent (I choose strawberry and it is so lovely)
3. Not ONLY for skin but also for face (non-Asia countries) and for dry hair
4. Suitable for everyone esp those who work in the office

and this Beautifying Oil is from THE BODY SHOP


Thank you

Su Hashim


Tidy Up, Bimbo!

Tidy up

meaning:

Put (things or places) in order

Bimbo

meaning

 An attractive but empty-headed young woman, 
esp. one perceived as a willing sex object.


SPEECHLESS!

Pandora

Susu, Kakak and Cousins
Gila Pandora
Below is my first charm and bracelet 
bought on 18.03.2012
Pandora; Habib Jewel, Ampang Point


Dua-dua free sebab Kak Aty 
'terpaksa' bayarkan


Ini posing masa raya Aidilfitri lepas
Aidiladha kali ni mesti bertambahlah 
charms masing masing


Bila takda duit selalu suka pilih yang paling murah
*kumpul duit nak kawen*
Tapi sebenarnya selalu paw Kak Aty


dan Sekarang inilah hasilnya 
charm Susu dan Kak Aty bertambah 
selepas 7 bulan mengumpul dengan gigihnya!

Salam Pandora,

Su Hashim :)

Thursday, October 11, 2012

Rezeki


Rezeki memang semuanya datang dari Allah,
tapi kalau kita tak berusaha manakan nak datang hasilnya?
Betul tak?

Baru-baru ini Susu makan malam di Warong Nasi Lemak Sambal Opah 
Dekat area Subang.

Sambil menikmati makan ada seorang pakcik tua cacat penglihatan (buta) 
Menghulur Sepaket tissue sambil berkata 'Ikhlas Cik'
Fikirkan yang Susu bakal gunakan jugak tissue time emergency
atau tidak pun orang lain bakal perlukan.
Jadi susu berikan seikhlas hati dan ambil sepaket tissue.

Kemudian datang pulak orang kurang upaya 
Jual keychain buatan sendiri.
Tapi susu tak perlukan barang yang dijual.
Jadi susu tak beli. Tapi hati sedih sangat.
Sedih kenapa? 

Sebabnya bila susu fikirkan kenapa Manusia yang cukup sifat tidak mahu bekerja
atau berikan macam-macam alasan untuk tidak bekerja dan bergantung harap 
pada orang lain (lebih-lebih lagi bila lelaki berharap dari wanita)
Sedangkan orang yang kurang upaya sedaya upaya mencari 
REZEKI sendiri.

Tak malukah kita bila kita dilahirkan sempurna tetapi tidak mahu bekerja 
atau memilih untuk bekerja?

Jadi susu sarankan: 
Carilah rezeki walau kita tidak berilmu, 
Carilah rezeki walau kita kurang upaya,
Mencari rezeki itukan Ibadah dan Amanah,
Bekalan didunia dan akhirat.

*semoga rezekiku dan keluargaku serta saudara dan sahabatku serta seluruh umat Islam tidak pernah putus*




In 30 Days...


'Sabariah bukan permilik saya lagi;
Sabariahhhhhh ini wang lima ribu ringgit amikk sayaaaaang
Keluar kau dari siniiiiii'~Mak Dara in Antara Dua Darjat

Hopefully my mom wouldn't say like this to me
Don't ask what is my feeling at this moment;
I feel NUMB!

Throwback Thursday


Throwback Thursday

This picture speaks a thousand words.
Behind from left: My Sister & Kak Long
Front from left: Me, Kak Jaja & My Late Brother (Alfatihah)